Erik Ten Hag Mahu Jual 6 Pemain Ini Pada Jendela Perpindahan Musim Panas Nanti

Erik ten Hag tidak dinafikan lagi sememangnya telah melaksanakan tugas beliau sebagai pengurus Manchester United dengan sangat sempurna pada ketika ini.

Beliau berjaya menaikkan semula prestasi skuad The Red Devils dan turut menjadikan Man United sebagai antara pasukan paling digeruni di England pada ketika ini.

Selepas mengharungi musim yang agak mengecewakan pada musim lalu, Man United kini sepertinya sudah berubah menjadi pasukan yang lebih berjaya dan ada hala tuju.

Erik ten Hag dikatakan antara punca mengapa skuad Man United mampu melakukan perubahan yang begitu ketara dan jelas sekali beliau berhak mendapat pujian atas hal tersebut.

Manchester United pada ketika ini sedang berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan Premier League dan mereka sepertinya sangat berpotensi untuk mengesahkan tempat layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Walaupun Man United agak sukar untuk mencabar gelaran liga, namun mereka sepertinya berpotensi untuk melakukan hal tersebut pada musim hadapan, andai mereka konsisten pamer aksi cemerlang seperti sekarang.

Namun begitu, walau Manchester United kini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun sepertinya Ten Hag masih belum cukup puas hati dengan skuad yang beliau miliki.

Erik ten Hag mahu menjual enam pemain utama Man United

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Manchester United kini sedang merancang untuk menjual enam pemain utama mereka pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Tujuan utama mengapa Red Devils mahu menjual pemain-pemain tersebut adalah kerana mereka mahu mendapatkan dana tambahan dalam usaha mahu memperkuat skuad bagi menghadapi saingan musim baharu nanti.

Ten Hag mahu menggunakan dana yang ada untuk membeli pemain baru bagi memperbaiki posisi serangan, pertahanan tengah dan midfield skuadnya.

Berikut merupakan senarai enam pemain yang mahu dijual oleh Ten Hag pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Harry Maguire

Manchester United menandatangani Harry Maguire dengan harga memecah rekod pada tahun 2019 lalu, dengan mereka membayar £80 juta kepada Leicester City untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

Pemain kebangsaan England itu dengan segera dilantik menjadi ketua pasukan, namun aksi beliau di atas padang kerap menjadi pertikaian peminat.

Dek kerana aksi hambar yang terlalu kerap beliau persembahkan itu, Maguire semakin hilang tempat dalam skuad utama Man United dan sepertinya sudah tiba masa untuk beliau pergi andai beliau mahu mencari minit permainan yang lebih banyak.

Ten Hag sendiri sepertinya tidak begitu memerlukan khidmat Maguire dan kerana itulah nama bintang England itu menjadi pilihan beliau untuk dilepaskan.

Anthony Martial

Martial merupakan antara pemain yang dijangka akan menjadi bintang besar ketika awal kariernya dahulu, namun masalah kecederaan sepertinya mengganggu perjalanan karier bintang Perancis itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau semakin kerap dibelenggu masalah kecederaan dan pada musim ini, beliau masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan Premier League.

Ten Hag sepertinya sudah tidak memerlukan lagi khidmat Martial dengan beliau sendiri sudah merancang untuk mendapatkan pemain penyerang baru pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Scott McTominay

Scott McTominay kini semakin sukar untuk mendapatkan minit permainan, apa lagi selepas ketibaan bekas bintang Real Madrid, Casemiro.

Walau beliau dijangka akan kekal bersama kelab lebih lama lagi, namun sepertinya Ten Hag sudah tidak memerlukan lagi khidmat beliau di Old Trafford.

Everton, Fulham dan Aston Villa dikatakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan pemain Scotland itu.

Alex Telles

Alex Telles pada ketika ini sedang beraksi bersama Sevilla sebagai pemain pinjaman, namun beliau sebenarnya sudah tidak bermain sejak Disember lalu kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Memandangkan United lebih memberi kepercayaan kepada Luke Shaw dan Tyrell Malacia, maka jelas sekali beliau akan semakin sukar untuk mendapatkan tempat.

Memandangkan beliau masih lagi ada nilai pasaran, maka tidak hairanlah mengapa pihak kelab mahu menjual beliau, dalam usaha untuk mencari dana tambahan.

Eric Bailly

Eric Bailly telah dipinjamkan kepada Marseille pada awal permulaan musim baharu ini.

Beliau juga baru-baru ini turut dilayangkan kad merah kerana melakukan tendangan kung-fu ke atas pemain lawan.

Manchester United ketika ini sedang dalam usaha mencari pemain pertahanan tengah yang baru dan Bailly jelas sekali tiada dalam perancangan Erik ten Hag.

Donny van de Beek

Ketika awal Erik ten Hag diumumkan sebagai pengurus baharu Man United, ramai peminat yang sangat berharap agar beliau akan mampu menaikkan semula tahap prestasi Van de Beek.

Hal ini kerana beliau pernah berjaya membuatkan Van de Beek menjadi antara pemain midfield terbaik di pentas bola sepak Eropah, ketika kedua-dua mereka masih bekerjasama di Ajax.

Walau bagaimanapun, hal itu sepertinya terlalu sulit untuk berlaku dan Ten Hag memilih untuk melepaskan De Beek dan mencari pemain midfield baharu untuk diasah menjadi nadi penting skuadnya.

Selain dari enam pemain ini, masih ada atau tidak pemain lain yang patut dijual oleh Ten Hag pada jendela perpindahan musim panas nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN