Pemain serba boleh Tottenham Hotspur, Eric Dier telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya di kelab utara London tersebut sehingga 2024.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari kelab Portugal, Sporting Lisbon pada 2014 dan lebih kerap diturunkan sebagai pemain tengah bertahan dan menjadi pemain penting di bawah kendalian Jose Mourinho.
Kontrak Dier sebelum ini hanya berbaki setahun sahaja lagi. Beliau telah membuat 239 penampilan untuk kelab dan menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan.
https://twitter.com/SpursOfficial/status/1285503559149260801?s=20
“Terlalu banyak halangan dan cabaran musim ini, sejak dari awal musim lagi. Sangat sukar untuk bermain dalam pasukan sekiranya setiap orang ada cara fikir yag berbeza dan itulah yang berlaku,” ujar Dier kepada laman web rasmi pasukan.
Spurs kini sedang menduduki tangga ketujuh liga dengan mengumpul 58 mata dari 37 perlawanan dan akan mengakhiri kempen musim ini dengan berkunjung ke Crystal Palace pada Ahad dan memerlukan kemenangan untuk layak ke Liga Europa musim depan.
Dier yang digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana kesalahan berkonfrontasi dengan penyokong sendiri di tempat duduk stadium pada Mac lalu akan kembali beraksi dalam perlawanan terakhir EPL.
A2 Graphite Drawing of @ericdier 🤫⚪️💙 #COYS #Spurs #TottenhamHotspur pic.twitter.com/dxVJAPhOwy
— Abbey (@AbbeyMcGuire_) July 19, 2020
“Diharapkan dalam perlawanan terakhir berdepan Crystal Palace nanti kami beroleh kemenangan dan layak ke kejohanan Eropah musim depan. Kita buka buku baharu dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita mahukan.
“Saya sangat gembira dapat terus kekal di sini dan bersemangat untuk terus komited dalam meneruskan perjalanan baharu bersama pengurus baharu kami.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Eric Dier dan Tottenham Hotspur: