Eric Bailly & Phil Jones Kembali Perkuatkan Pertahanan Manchester United Bertemu Everton

Eric Bailly

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan bahawa Eric Bailly dan Phil Jones akan kembali memperkuatkan jentera pertahanan pasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton hujung minggu ini. 

Kedua-dua pemain pertahanan tengah itu tidak berada bersama pasukan ketika United melayani kunjungan FC Basel dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi semalam.

Bailly dijatuhi hukuman penggantungan 3 perlawanan selepas insiden bersama John Guidetti pada aksi separuh akhir Liga Europa pada Mei lalu, sementara itu Jones digantung 2 perlawanan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai ujian doping UEFA selepas tamat perlawanan akhir Liga Europa diantara Manchester United dan Ajax.

Bagaimanapun, mereka berdua sudah melepasi tempoh penggantungan tersebut dan boleh kembali beraksi dalam saingan Eropah selepas ini.

Tatkala gandingan pertahanan ini mendapat kecaman daripada peminat Manchester United akibat aksi yang dipamerkan pada perlawanan menentang Stoke City minggu lalu, mereka tetap menjadi pilihan Mourinho pada perlawanan yang menyaksikan Wayne Rooney kembali ke Old Trafford.

Pada perlawanan bertemu FC Basel, Mourinho meletakkan Chris Smalling dan Victor Lindelof bagi mengepalai barisan pertahanan United dan gandingan ini berjaya mengelakkan daripada dibolosi skuad juara Switzerland itu.

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Mourinho mengesahkan Eric Bailly dan Phil Jones akan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi Everton.

”Mereka (Smalling dan Lindelof) bekerja sangat kuat. Mereka sentiasa berlatih bersama dalam satu pasukan kerana saya tahu mereka perlu bermain bersama-sama pada perlawanan ini.”

”Jika anda menjangkakan minggu hadapan saya mungkin akan memasukkan Bailly dan Jones kerana mereka tidak bermain hari ini dan masih segar, ianya masuk akal untuk mereka kembali bermain. Tetapi dua hari selepas itu kami perlu beraksi dalam Piala Liga, jadi Smalling dan Lindelof akan kembali.

”Saya perlu memilih pemain yang mempunyai kualiti berkaitan dengan keupayaan lawan untuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Apabila saya mengetahui bahawa kami akan berhadapan pasukan dengan cara bertahan di garisan tinggi, Victor (Lindelof) adalah pemain yang paling layak. Beliau adalah pemain pertahanan yang mampu membawa bola ke hadapan, untuk menyerang bahagian tengah lawan. ”

“Jadi apa yang saya mahukan adalah untuk mempunyai pemain yang bersedia dan kadangkala mereka tidak bermain, tetapi bagi saya sebagai pengurus adalah penting.”

Sumber :

Red Mancunian (2017) – http://redmancunian.com/2017/09/14/jose-mourinho-confirms-two-players-will-start-everton/

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN