Mauricio Pochettino maraih kemenangan pertamanya bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan baharunya itu mudah menewaskan Stade Brest 3-0 dalam aksi Ligue 1 yang berlangsung di Parc des Princes pada Ahad.
Moise Kean menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan pada minit ke-16. Ia merupakan gol ketiga penyerang yang dipinjam dari Everton tersebut dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Penyerang Argentina, Mauro Icardi dan Pablo Sarabia yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua menambah kelebihan buat tuan rumah pada lewat permainan untuk memastikan skuad kendalian Pochettino itu meraih tiga mata penuh.
FT: @PSG_English 3-0 Stade Brest
It's a first win for Mauricio Pochettino as our head coach 🙌#PSGSB29 pic.twitter.com/0SJR9iKyr9
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 9, 2021
Perlawanan pertama jurulatih warga Argentina itu berdepan Saint-Etienne pada Rabu lalu berakhir seri 1-1 dan Pochettino percaya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
“Kami gembira dengan keputusan ini, ianya adalah hasil kerja keras semua pemain,” ujarnya dalam sidang media selepas perlawanan.
“Tetapi saya merasakan masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Kami perlu terus berusaha untuk mencapai standard yang lebih baik.”
PSG beraksi tanpa tonggak utama Neymar yang masih belum sembuh daripada kecederaan buku lali.
Dalam pada itu, Pochettino mempertahankan Kylian Mbappe yang terus ‘kemarau’ gol dalam empat perlawanan terakhirnya sekalipun mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan berdepan Brest itu.
(🌤) PSG are optimistic about Kylian Mbappe's 🇫🇷 renewal. The arrival of Mauricio Pochettino 🇦🇷 at PSG can be a great advantage in the negotiations for the renewal of Mbappé. [AS] #PSG #Rmalive pic.twitter.com/fI8gkNWwv7
— RouteOneFootball (@Route1futbol) January 4, 2021
“Mbappe telah beraksi dengan baik pada hari ini. Dia mendapat beberapa peluang, malangnya nasibnya tidak begitu baik dan gagal menjaringkan gol.”
Kemenangan tersebut meletakkan PSG di tangga kedua liga di belakang Olympiqye Lyon dengan hanya ketinggalan satu mata sahaja selepas 19 perlawanan. Untuk aksi seterusnya, PSG akan berdepan Marseille pada 14 Januari ini untuk merebut Trophee de Champions.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mauricio Pochettino dan PSG:
Selepas Pecat Tuchel, PSG Akan Lantik Pochettino Sebagai Pengurus Baharu