Arsenal kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Premier League selepas berjaya menewaskan pasukan baharu liga musim ini iaitu Fulham.
Mereka memulakan langkah kanan dalam perlawanan pertama pada tahun 2019 dengan dengan menjaringkan 4 gol dalam perlawanan yang diadakan pada di laman sendiri ini.
Menurut laman BBC Sport, Arsenal sekali lagi menunjukkan yang mereka tiada sebarang masalah dalam menjaringkan gol dalam perlawanan.
Hal ini kerana mereka berjaya menjaringkan gol menerusi 4 penjaring yang berbeza.
Granit Xhaka berjaya meletakkan Arsenal di hadapan pada separuh masa pertama menerusi penyudah mudah dari jarak dekat pada minit ke-25.
Memasuki separuh masa kedua, penguasaan itu dilebarkan menerusi jaringan Alexandre Lacazette pada minit ke-55 hasil penyudah mudah di depan gol.
Fulham berjaya mengurangkan defisit gol menerusi pemain yang mencipta kontroversi kebelakangan ini iaitu Aboubakar Kamara pada minit ke-69 juga dengan penyudah dari jarak dekat.
Pemain gantian iaitu Aaron Ramsey turut berjaya menjaringkan gol untuk Arsenal selepas masuk menggantikan Lacazette.
Tindakan pengurus Unai Emery yang memasukkan pemain itu pada mulanya tidak diterima oleh majoriti penyokong Arsenal di Emirates namun begitu ianya memberikan hasil positif kepada pasukan tersebut.
Kemenangan cemerlang Arsenal itu diakhiri dengan jaringan oleh Pierre-Emerick Aubameyang di babak akhir permainan untuk membolehkan beliau kini menjaringkan 14 gol liga.
Kemenangan ini memberikan 3 lagi mata kepada Arsenal dalam usaha untuk mendekati kelompok 4 teratas liga.
Selain itu, ianya memberikan rekod cemerlang Arsenal kepada Fulham pada musim ini apabila mencatatkan skor agregat 9-2 dalam kedua-dua pertemuan liga mereka musim ini.
Kesebelasan utama
Arsenal: Bernd Leno (penjaga gol), Shkodran Mustafi (Lucas Torreira 45′), Sokratis Papastathopoulos, Laurent Koscielny, Ainsley Maitland-Niles, Matteo Guendouzi, Granit Xhaka, Sead Kolasinac, Alex Iwobi (Bukayo Saka 83′), Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette (Aaron Ramsey 75′)
Fulham: Sergio Rico (penjaga gol), Denis Odoi, Maxime Le Marchand, Tim Ream, Cyrus Christie (Timothy Fosu-Mensah 56′), Tom Cairney, Ibrahima Cisse (Jean Michael Seri 61′), Joe Bryan, Ryan Sessegnon, Aleksandar Mitrovic, Andre Schurrle (Aboubakar Kamara 61′)