Liverpool turun berhadapan dengan Watford dalam aksi ke-28 Liga Perdana Inggeris.
Jurgen Klopp melakukan sedikit perubahan pada kesebelasan utama dengan memasukkan Dejan Lovren.
Liverpool awalnya dijangka akan menang mudah ke atas Watford dalam aksi ini. Namun ianya ternyata silap.
Liverpool bergelut dari awal perlawanan sehingalah ke wisel penamat. Mereka gagal mencipta peluang gol dalam banyak situasi serangan.
Watford pula mematikan gerakan mereka dengan cemerlang. Watford menunjukkan prestasi dan semangat yang luar biasa dalam perlawanan ini.
Mereka merantai trio serangan Liverpool dengan sebaiknya. Di mana pada separuh masa pertama Mohamed Salah dan Sadio Mane didiamkan.
Bersambung pada babak kedua, Ismaila Sarr menjadi pemusnah Liverpool. Sarr menjaringkan dua gol dan satu assist.
3 – 🇸🇳 Ismaïla Sarr v Liverpool tonight:
2 goals
1 assist
1st time he’s been involved in 3 goals in a single game in the Top 5 European leagues (108 games)
1st player to be involved in 3+ goals against Liverpool in a PL game since Harry Kane in October 2017
Superb.#WATLIV pic.twitter.com/9mBS1U2RsL
— OptaJean (@OptaJean) February 29, 2020
Gol pertama beliau muncul pada minit ke-54. Diikuti oleh gol kedua pada minit ke-60.
Tidak cukup dengan itu, Ismaila Sarr mengumpan kemas bola kepada kapten Troy Deeney untuk gol ketiga Watford.
Liverpool terpaksa akur bahawa inilah malam rekod kemenangan 18 perlawanan berturut-turut mereka ditamatkan.
Watford menang 3-0 ke atas Liverpool. Selain daripada kejayaan menanyakan rekod tanpa kalah Liverpool, ini juga tiga mata sangat berharga buat mereka yang bertarung dengan penyingkiran.
Liverpool mencatatkan rekod yang agak luar biasa dalam perjalanan 44 perlawanan tanpa kalah mereka.
It had been:
– 132 days since Liverpool failed to win in the Premier League
– 363 days since Liverpool failed to score in the Premier League
– 422 days since Liverpool lost in the Premier LeagueFT: Watford 3-0 Liverpool pic.twitter.com/4z5SVQg4pg
— bet365 (@bet365) February 29, 2020
Liverpool gagal untuk memecahkan rekod tanpa kalah Arsenal dengan 49 perlawanan tanpa kalah dan pada masa yang sama gagal menamatkan saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah.
Arsenal fans watching Liverpool's 'Invincible' run come to an end 🥂 pic.twitter.com/jPCxvs3XhC
— FOX Soccer (@FOXSoccer) February 29, 2020
Kekalahan ini juga membuatkan Liverpool gagal untuk menjarakkan lebih jauh lagi jurang mata yang memang dah jauh.
Liverpool kekal 22 mata di atas Man City yang tidak turun beraksi minggu ini kerana ada aksi final Piala Carabao.