Gergasi England iaitu Manchester United gagal untuk meneruskan momentum terbaik mereka dalam saingan English Premier League (EPL), selepas mereka mencatat kekalahan besar kepada Liverpool.
Menerusi keputusan penuh 0-7, jelas United seolah tiada punca untuk mencatat keputusan lebih baik pada perlawanan kali ini dengan kerapuhan benteng pertahanan menjadi faktor segalanya.
LIVERPOOL HAND MANCHESTER UNITED THEIR WORST LOSS IN PREMIER LEAGUE HISTORY 🤯 pic.twitter.com/KyQkax1tUj
— ESPN FC (@ESPNFC) March 5, 2023
Pada aksi tersebut, tujuh gol Liverpool berjaya diledak menerusi ketajaman Cody Gakpo, Mohamed Salah serta Darwin Nunez yang masing-masing mencatat dua jaringan di laman sendiri.
Manakala, pemain gantian iaitu Roberto Firmino tampil menutup malam gemilang mereka untuk menjaringkan gol tunggal beliau pada penghujung permainan.
Liverpool yang sebelum ini mencatat kemenangan 2-0 keatas Wolves jelas mempamerkan momentum permainan yang sangat positif, sebaik sahaja perlawanan bermula.
Pada awal permainan berlangsung, jelas skuad kendalian Jurgen Klopp mempamerkan aksi cukup menyakinkan untuk memberi tekanan di setiap sudut bagi mendapatkan jaringan pertama.
United pula tampil dengan sedikit tidak konsisten, apabila mereka lebih banyak bertahan untuk menyerap segala asakan dibuat oleh tuan rumah, dengan sesekali melancarkan serangan balas.
Menerusi asakan awal dibuat, mereka berjaya membuka jaringan pertama hasil ledakan bintang baharu dari Belanda iaitu Cody Gakpo pada minit ke-43 untuk mengejutkan David de Gea.
Keputusan perlawanan di separuh masa pertama kekal dengan memihak kepada Liverpool hasil jaringan Gakpo, dan belum sempat United mencipta kebangkitan, tampil Darwin Nunez meledak gol kedua permainan.
More Reds history written by @MoSalah 💫 pic.twitter.com/E6WZ0IEzT2
— Liverpool FC (@LFC) March 5, 2023
Selang tiga minit kemudian, Gakpo terus menceriakan para penyokong The Reds menerusi gol kedua peribadi beliau untuk terus menjarakkan kedudukan semasa di Anfield.
Hasil satu gerakan lincah yang dibuat Salah, pemain kebangsaan Mesir tersebut berjaya meledak gol keempat permainan untuk terus mengoyakkan motivasi pasukan pelawat.
Nunez juga enggan menamatkan pesta tersebut dengan lebih awal, setelah beliau sekali lagi mempamerkan ketajamannya untuk meledak gol kelima perlawanan pada minit ke-75.
United seolah terus tenggelam punca untuk cuba melakar sesuatu dengan mereka lebih banyak menyaksikan tuan rumah menguasai permainan serta mencipta peluang.
Hasilnya, mereka sekali lagi bolos pada minit ke-83 menerusi jaringan pemain serangan berbahaya Liverpool, Salah yang tidak melepaskan peluang terbuka untuk menewaskan de Gea.
Saat perlawanan dijangka akan tamat dengan kedudukan semasa 6-0, tampil Firmino selaku pemain gantian untuk menamatkan malam gemilang mereka menerusi jaringan terakhir dan meletakkan Liverpool 6-0 di hadapan.
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan Liverpool berjaya mencatat kemenangan ke-12 mereka musim ini dengan jaringan sangat besar dicipta mereka.
A Sunday well spent ❤️ pic.twitter.com/YDoNwS9B9h
— Liverpool FC (@LFC) March 5, 2023
Kejayaan ini turut meletakkan Liverpool di kedudukan kelima carta liga setelah mereka berjaya mengumpul 42 mata secara keseluruhan untuk memintas Newcastle United.