EPL: Ofsaid Tumit Ini Buatkan Wolves Kecewa

Keputusan VAR membatalkan gol Willy Boly pada separuh masa pertama selepas ofsaid yang sangat nipis melibatkan Diogo Jota.

Sementara itu, pemain Leicester,  Hamza Choudhury pula di buang padang. Itulah antara drama di Molineux dalam aksi EPL pada Jumaat.

Wolves jelas sekali bengang dengan pengadilan pada malam tadi. Selain itu Leicester juga kecewa apabila permintaan untuk mendapatkan penalti mereka tidak dilayan.

Wolves musim ini berhadapan dengan jadual yang sangat padat. Mereka baru sahaja kembali daripada cuti musim sejuk.

Ini merupakan perlawanan ke-42 mereka pada musim ini dalam semua pertandingan.

Walaupun selepas rehat musim sejuk, Wolves kelihatan bergelut dengan kecergasan pemain mereka. Sebelum ini Nuno Espirito terpaksa melakukan penggiliran dan pengurusan minit permainan yang sebaik mungkin kepada para pemain utamanya.

Wolves memiliki peluang awal menerusi Jota selepas menerima hantaran Neto. Namun rembatan beliau dihadang oleh  Kasper Schmeichel.

Neto kemudian mencipta satu lagi peluang gol lepada Leander Dendoncker, namun sayangnya percubaan beliau tidak tepat.

James Maddison mencipta peluang gol kepada Caglar Soyuncu menerusi sepakan percuma. Tetapi tandukan Soyuncu terus tepat ke Rui Patricio. Ianya peluang keemasan.

Neto melakukan hantran lintang yang di-‘flick’ oleh Doherty kepada Boly. Bola menerjah gawang. Namun VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid kepada Jota. Ianya ofsaid yang sangat nipis.

Jota terlibat di dalam binaan gol tersebut. Dan VAR menyatakan bahawa bahagian tumit kakinya ofsaid.

Kapten Wolves, Conor Coady pergi ke arah Mike Dean ketika menuju bilik persalinan. Beliau mempersoalkan keputusan pengadil tersebut.

Coady berkata: “Tidak seorang pun tahu? Kamu mengadili perlawanan ini dan kamu tak tahu?”

Namun pada separuh masa kedua, Wolves lega selepas VAR bersetuju dengan Mike Dean untuk tidak memberikan penalti kepada Leicester – selepas James Maddison dijatuhkan oleh Romain Saiss.

Pada minit ke-76, Leicester terpaksa beraksi 10 pemain selepas Hamza Choudhury dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Nuno Espirito memasukkan Raul Jimenez. Namun pemain itu melakukan ‘miss’ yang teruk ketika menerima hantaran Joao Moutinho.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0. Sekaligus membuatkan Leicester terus berada di belakang Man City dalam carta liga dengan dibezakan 1 mata.

Leicester berjaya mencetak clean sheet kedua pasukan mereka dalam 11 aksi liga yang terakhir.

Namun malang sekali apabila Jamie Vardy terus gagal menjaringkan gol selepas enam perlawanan EPL terakhir beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN