Manchester City Digantung Daripada UCL Untuk Dua Musim Kerana Melanggar FFP

Manchester City telah dikenakan hukuman gantung dua musim daripada pertandingan UEFA termasuk UCL dan UEL (berdasarkan mana ia layak). Ini selepas kelab itu didapati melanggar Financial Fair Play oleh UEFA.

Penggantungan itu adakah untuk tempoh dua musim bermula daripada musim yang akan datang iaitu 2020/21 sehingga 2021/22.

Kelab juara England itu juga turut didenda €30 juta.

UEFA menyatakan penggantungan oleh Man City ini membuktikan betapa tegasnya mereka dalam perlaksaan Financial Fair Play.

Manchester City didapati bersalah kerana pemalsuan penyata tajaan yang mereka lakukan.

Segalanya bermula apabila Der Spiegel, laman ‘whitsleblower’ bola sepak, telah mendedahkan dokumen dan e-mail yang memaparkan bagaimana pasukan itu melakukan penipuan.

Kebocoran itu dilakukan oleh Der Spiegel pada 2018. City didapati bersalah oleh Badan Kawalan Kewangan Kelab Uefa (CFCB) kerana telah menaikkan hasil penajaan (overstated) mereka secara palsu, dalam laporan untuk proses piawaian FFP.

E-mel dan dokumen yang dibocorkan itu menunjukkan bahawa pemilik Man City, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan, sebenarnya telah membiayai kebanyakan penajaan tahunan yang berjumlah £67.5 juta untuk baju, stadium dan akademi City menerusi syarikat penerbangan, Etihad.

Salah satu e-mel yang bocor menyatakan bahawa hanya £8 juta tajaan dibuat pada 2015/16 yang dibiayai secara langsung oleh Etihad, dan selebihnya datang daripada syarikat milik Sheikh Mansour iaitu Abu Dhabi United Group.

Man City berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka “kecewa namun tidak terkejut” dengan keputusan itu. Dan menambah bahawa mereka akan merayu larangan itu di mahkamah timbang tara sukan (CAS).

City berharap agar siasatan ini akan dilakukan oleh badan bebas agar ianya lebih telus.

City menambah: “Ringkasnya, kes ini dicetuskan oleh UEFA, dihukum oleh UEFA, dan dihakimi oleh UEFA.”

“Dengan proses yang prejudis ini sudah pun berakhir, kelab akan mencari pengadilan yang lebih telus secepat mungkin.”

Musim lalu Pep Guardiola menyatakan sokongan beliau kepada kelab Manchester City.

Ini kerana menurut Pep Guardiola, beliau yakin kelabnya bersih dan tidak melakukan kesalahan.

Pemilik Manchester City juga turut memberikan ikrar akan terus komited kepada kelab walaupun apa yang berlaku.

Manchester City dilihat tiada masalah untuk menamatkan kedudukan liga di tempat teratas. Oleh itu tempat mereka di dalam Liga Juara Juara Eropah musim hadapan akan diisi oleh pasukan di tangga yang kelima sekiranya rayuan mereka ditolak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN