EPL: Manchester United Lunyai Dibelasah Spurs 6-1

Ini bukan ‘cobaan’, tetapi Manchester United sememangnya telah tewas dengan keputusan 6-1 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan LIga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang sendiri setelah terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain hampir keseluruhan permainan.

Jose Mourinho yang kembali ke Old Trafford berjaya ‘membalas dendam’ kepada bekas pasukannya itu walaupun Spurs ketinggalan pada awal permainan sebelum mengubah keputusan perlawanan dengan enam gol.

Tidak sampai seminit perlawanan berlangsung, United diberikan sepakan penalti selepas Anthony Martial dijatuhkan dalam kotak penalti dan Bruno Fernandes menyudahkan peluang tersebut untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Namun hanya berselang dua minit, kesilapan yang berpunca daripada Harry Maguire yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Spurs untuk menyamakan kedudukan menerusi Tanguy Ndombela.

Tiga minit selepas itu, kelab utara London tersebut memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan United apabila Harry Kane mengambil sepakan percuma pantas untuk menghantar bola kepada Son Heng-min yang berjaya membuat larian dan menewaskan David de Gea dalam situasi satu lawan satu.

Minit ke-28 perlawanan menjadi punca kepada kejatuhan United apabila Martial dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana ‘menyentuh’ muka Erik Lamela kita kedua-dua pemain sedang berasak sewaktu Spurs sedang mengambil sepakan penjuru.

Dengan kelebihan seorang pemain, Spurs terus menghukum kesilapan barisan pertahanan United yang cuba bermain hantaran pendek di hadapan gol dengan merampas bola dan Harry Kane mudah merembat masuk hantaran Son dalam kotak penalti untuk gol ketiga.

Penyerang Korea Selatan tersebut kemudiannya meledak gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini dengan meyudahkan hantaran lintang Serge Aurier pada minit ke-37 untuk menjadikan kedudukan 4-1 sebelum tamat separuh masa pertama.

Enam minit selepas bermula babak kedua, Serge Aurier menjaringkan gol kelima buat pasukan pelawat sebelum Harry Kane menutup malam gemilang Spurs dengan gol keenam menerusi sepakan penalti selepas Paul Pogba menjatuhkan Ben Davies dalam kotak penalti.

Keputusan tersebut telah meletakkan United yang hanya mengumpul tiga mata kini di tangga ke-16 liga sementara Tottenham Hotspur berjaya memperbaiki kedudukan mereka di tangga kelima dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN