Manchester United turun menentang West Ham di Stadium Olimpik London, dalam usaha mereka untuk memperbaiki tempat dalam carta liga.
Namun Manchester United berhadapan dengan kesukaran untuk menguasai perlawanan ini. Mereka lambat untuk menyerang dan banyak kali dipaksa untuk melakukan ‘recovery’.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tidak banyak mencipta percubaan gol.
Namun West Ham memanfaatkan peluang pada minit ke-44, menerusi gol Andriy Yarmolenko.
11 – Man Utd have failed to keep a clean sheet in any of their last 11 away matches in all competitions, their worst run since conceding in 14 consecutive matches between April and December 2002. Faucet. pic.twitter.com/td0NYv15sW
— OptaJoe (@OptaJoe) September 22, 2019
Ianya bermula daripada permainan kombinasi di dalam zon serangan. Felipe Anderson melakukan umpanan kepada Yarmolenko yang dengan cantik melencongkan bola rendah.
15 – Felipe Anderson has been directly involved in 15 Premier League goals for West Ham since the beginning of last season (9 goals & 6 assists) – more than any other Hammer in that period. Fulcrum. pic.twitter.com/CbASsHQaK3
— OptaJoe (@OptaJoe) September 22, 2019
Pada separuh masa kedua, Manchester United cuba memperbaiki aspek serangan mereka. United ternyata lebih baik pada awal separuh masa kedua dengan mencipta beberapa gerakan.
Tetapi isu ketumpulan dan kreativiti serta kurang permainan kombinasi membuatkan United sukar untuk mencipta lebih banyak peluang.
Lebih malang, apabila Marcus Rashford terpaksa dikeluarkan. Kelihatan seperti beliau mengalami kesakitan hamstring.
Daniel James, Harry Maguire dan Scott McTominay masing-masing memiliki peluang gol, namun Fabianski kebal di gawang West Ham.
Ketika perlawanan berbaki 6 minit lagi, Aaron Cresswell melakukan sepakan percuma cantik menewaskan De Gea. Ianya berpunca daripada Ashley Young yang mengasari Noble di luar kotak penalti.
Perlawanan tamat 2-0 memihak kepada West Ham United.
Manchester United since that PSG win:
🔴 Games: 19
✅ Wins: 5
🤝 Draws: 4
❌ Defeats: 10 pic.twitter.com/zGaaqNZhYF— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) September 22, 2019
Kekalahan ini menyaksikan United terus bergelut di tempat lawan.
0 – Since winning each of his first nine away games as Man Utd manager in all competitions, Ole Gunnar Solskjær has seen his side fail to win any of his most recent such nine matches. Homesick. pic.twitter.com/YdjamGLbna
— OptaJoe (@OptaJoe) September 22, 2019
Pellegrini meneruskan rekod unik beliau, menewaskan 4 pengurus Manchester United yang berbeza sepanjang karier beliau.
4 – Manuel Pellegrini is the first manager to win against four different Manchester United managers in the Premier League (Moyes, van Gaal, Mourinho and Solskjaer). Collection. pic.twitter.com/pfGI9wTHrO
— OptaJoe (@OptaJoe) September 22, 2019