Piala Malaysia 2019: Tiga Gol Dalam Lima Minit Hadiahkan Pahang Bekalan Selesa

Pahang membenam Melaka United 3-0 di Stadium Hang Jebat dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 hasil jaringan Lazarus Kaimbi, Wan Zaharulnizam dan Dickson Nwakaeme.

Kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat tanpa jaringan di babak pertama sebelum Pahang membuat kebangkitan mengejut di awal babak kedua, menjaringkan tiga gol dalam tempoh lima minit. Bekalan selesa berjaya dibawa pulang Tok Gajah ke Kuantan.

Di awal babak pertama menyaksikan penguasaan bola seimbang oleh kedua-dua pasukan dengan Pahang terlebih dahulu mengatur asakan ke gawang tuan rumah yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan percuma dan penjuru di lima minit pertama.

Minit ke-10, percubaan lemah jarak jauh kapten Tok Gajah, Matthew Davies berjaya ditangkap Khairul Fahmi diikuti dengan percubaan liar penyerang, Lazarus Kaimbi seminit kemudian. Seminit selepas itu, giliran Dickson Nwakaeme pula melakukan percubaan liar – tiga percubaan dalam masa tiga minit.

Ketiadaan yang menjadi tanya malam ini, Shukor Adan, tampak telah menggugat benteng tuan rumah yang kelihatan longgar setiap kali diasak oleh pelawat sejak dari awal permainan. Ianya dibantu dengan kehadiran semula duo penyerang, Lazarus Kaimbi dan Dickson Nwakaeme di jentera serangan Pahang.

Skuad Hang Tuah bukanlah hanya bertahan semata-mata, jentera tengah sentiasa berusaha untuk memecah kubu Tok Gajah namun setiap asakan yang dicatur berjaya diserap dengan baik oleh benteng yang diketuai Herold Goulon dan Muslim Ahmad.

Dan akhirnya selepas setengah jam barulah Melaka United berhasil menyerang kubu Pahang menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim namun gagal disambar kemas oleh Jang Suk-won sebelum sepakan penjuru ditangkap kemas Helmi ELiza Elias.

Pahang hampir membuka jaringan di minit ke-36 apabila Dickson Nwakaeme berjaya mengawal bola di hadapan gawang Melaka United namun rembatannya hanya melewati palang gol.

Lazarus Kaimbi Matthew Davies Sumareh Pahang Melaka Piala Malaysia
FOTO: Pahang FA

Minit ke-57, Pahang akhirnya berjaya meledak gol pembukaan hasil jaringan Lazarus Kaimbi selepas menanduk masuk hasil umpanan jarak jauh oleh kapten, Matthew Davies – gol ke-4 peribadinya dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Seminit kemudian, Wan Zaharulnizam pula menambah gol kedua buat Tok Gajah dan gol pertamanya di kempen Piala Malaysia apabila rembatannya melepasi jangkauan Khairul Fahmi selepas menerima hantaran ke belakang oleh Dickson Nwakaeme.

Dickson Nwakaeme berjaya menebus kegagalannya menjaringkan gol di babak pertama apabila menanduk masuk gol ketiga Pahang, hasil hantaran lintang Mohamadou Sumareh pada minit ke-61. Melaka United bolos tiga gol dalam tempoh lima minit.

Tiga gol tersebut seakan-akan membunuh terus rentak Melaka United yang tampak gagal bangkit untuk memburu gol untuk mendekatkan jurang gol biarpun Pahang dilihat seakan-akan memberikan sedikit ruang untuk tuan rumah mengasak.

Tiga gol berharga buat Pahang untuk dibawa pulang ke Darul Makmur untuk aksi kedua suku akhir yang bakal dilangsungkan pada minggu hadapan. Tugas sukar menanti skuad Hang Tuah di Kuantan untuk menidakkan langkah Tok Gajah ke separuh akhir.

Kredit Featured Image: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN