Kegagalan Mohamed Salah untuk menyempurnakan sepakan penalti mengakitbatkan kekalahan 1-0 Liverpool kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality.
Minggu lalu anak buah Jurgen Klopp itu baru sahaja alami mimpi indah meraikan ‘kenduri besar’ menewaskan Manchester United dengan kemenangan besar 7-0 ke atas musuh tradisi mereka.
Namun kekalahan minggu ini mengembalikan Liverpool kepada realiti dan menyukarkan peluang untuk merebut tempat dalam keududukan empat teratas bagi meraih tiket ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Bournemouth pula meraikan kejayaan mengutip tiga mata untuk keluar daripada zon penyingkiran dan naik ke tangga ke-16 liga.
Liverpool dihukum pada minit ke-28 akibat kegagalan barisan pertahanan yang membiarkan Philip Billing dalam keadaan tidak dikawal untuk meledak jaringan yang juga gol keenamnya pada musim ini.
Liverpool juga memperoleh beberapa peluang termasuk tandukan Virgil van Dijk yang dikeluarkan di garisan dan percubaan pemain gantian Diogo Jota yang diselamatkan penjaga gol Neto sebelum Liverpool mendapat penalti.
Namun Salah yang muncul penjating gol terbanyak Liverpool sepanjang zaman pada minggu lalu dengan 129 gol gagal menterjamah peluang sepakan penalti tersebut selepas rembatannya tersasar ke sebelah kiri meskipun Neto sudah pun merebahkan pada ke arah berbeza.