EPL: Liverpool Nyaris ‘Terkucil’, Kejuaraan Tertangguh Lagi

Everton Liverpool

Pengurus Liverpool memuji kehabatan penjaga golnya, Alisson Becker selepas menyelematkan percubaan jarak dekat Dominic Calvert-Lewin sebelum rembatan susulan Tom Davies terkena tiang pada lewat permainan ketika pasukannya terikat tanpa jaringan dengan Everton dalam Derbi Marseyside.

Skuad kendalian Klopp itu beraksi untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama selepas tiga bulan tanpa dua pemain utama, Mohamed Salah dan Andrew Robertson dan hanya mencatat tiga percubaan tepat ke arah pintu gol lawan sepanjang perlawanan.

Sebaliknya Everton dilihat lebih banyak beroleh peluang apabila percubaan Calvert-Lewin, Tom Davies dan Richarlison pada penghujung perlawanan hampir memberikan kemenangan buat pasukan tuan rumah, namun dinafikan dengan kecekapan Alisson.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika ditemubual selepas perlawanan jelas tidak senang dengan situasi tersebut kerana tidak mahu pemain lain ‘mengambil kesempatan’ ke atas kehebatan penjaga golnya itu.

“Sangat menakjubkan, dia telah buktikan dirinya memang penjaga gol berkelas dunia. Mungkin sepanjang perlawanan tidak ada apa-apa yang berlaku, hingga minit ke-90 dan dia ada di sana.

“Kami berhak mendapatkan satu mata ini. Saya akui permainan Everton amat tersusun dan pemain kami perlu banyak berlari dan saya lihat mereka cukup cergas dan bersedia walaupun telah lama tidak beraksi.

Keputusan seri di Goodison Park itu menyebabkan Liverpool hanya mampu membawa pulang satu mata dan terpaksa menunggu lagi sebelum dapat mengesahkan kejuaraan liga pertama mereka selepas 30 tahun mananti.

Liverpool memanjangkan rekod tanpa kelaah denga Everton kepada 22 perlawanan sejak tewas 2-0 di Goodison Park pada Oktober 2010. Namun mereka gagal memenangi dua daripada tiga perlawanan terakhir EPL.

Namun mereka masih selesai mendahului carta liga dengan kelebihan 23 mata di depan Manchester City dan berharap skuad kendalian Pep Guardiola itu tercicir mata apabila bertemu Burnley pada Isnin ini.

“Sekarang kami ada tiga hari lagi. Crystal Palace juga bermain main dengan baik sebelum ini, jadi kami perlu pastikan pasukan ini betul-betul bersedia untuk perlawanan Rabu ini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN