EPL: Liverpool, Manchester City Catat Kemenangan Selesa

Liverpool City EPL

Empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal pagi tadi menyaksikan dua pasukan teratas, Liverpool dan Manchester City mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu yang sudah pun mengesahkan kejuaraan EPL kini sedang mengejar untuk meraih catatan mata terbaik dengan menumpaskan Brighton & Hove Albion 3-1 di Stadium American Express.

Seawal minit keenam, The Reds sudah mula ‘mengganas’ dengan mendahului apabila Naby Keita memanfaatkan kesilapan Davy Propper dengan merampas bola dari pemain tengah Brighton itu sebelum menghantar bola kepada Mohamed Salah untuk menjaringkan gol pertama perlawanan.

Berselang dua minit kemudian, giliran kapten pasukan, Jordan Henderson pula menjaringkan gol kedua dengan membuat ledakan dari luar kotak panalti sebelum dibalas semula dengan rembatan kencang Leandro Trossard hasil hantaran lintang Tariq Lamptey sebelum tamat babak pertama.

Salah sekali lagi mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-76 yang juga merupakan gol ke-19 musim ini dengan menanduk hantaran Andrew Robertson.

Sementara itu, Manchester City bangkit semula dari kekalahan kepada Southampton tempoh hari dengan meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad.

Dua gol awal dari Gabriel Jesus dan Riyad Mahrez dalam 20 minit pertama pertama kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

City menambah gol ketiga apabila Federico Fernandez yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya tertolak masuk bola ke gawangnya sendiri. David Silva menjadikan kedudukan 4-0 sebelum gol pada lewat permainan oleh Raheem Sterling melengkapkan derita Newcastle United.

Dalam perlawanan lain Sheffield United menumpaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dan West Ham United pula tewas 1-0 kepada Burnley di Stadium London.

Untuk perlawanan EPL seterusnya, Manchester City selepas ini akan bertemu Brighton di tempat lawan pada Sabtu sementara Liverpool pula akan berdepan Burnley pada Jumaat.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool dan Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN