Saingan EPL diteruskan pada semalam. Berikut adalah laporan beberapa perlawanan tumpuan.
Liverpool menang 3-0 ke atas Watford
Liverpool bertandang ke Watford dan berjaya membawa pulang 3 mata. Sekaligus meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam EPL musim ini.
Liverpool berhadapan dengan kesukaran pada separuh masa pertama kerana Watford ternyata beraksi sangat baik terutama sekali ketika bertahan. Ben Foster berada dalam prestasi terbaik melakukan banyak ‘saves’.
Namun pada separuh masa ke-2, skuad bimbingan Jurgen Klopp berjaya menjaringkan 3 gol. Mohamed Salah membuka tirai jaringan pada minit ke-67.
Mohamed Salah telah terlibat dalam 73 gol Liverpool dalam 68 perlawanan setakat ini dengan 53 gol da 20 bantuan gol. Dan tak lupa, Watford adalah lawan kegemaran Salah.
Mohamed Salah – PL record v Watford
Today – ⚽
March 2018 – ⚽ ⚽ ⚽ ⚽ 🅰
Aug 2017 – ⚽Has more goals against Watford (6) than any other opponent in his PL career pic.twitter.com/6Z430okv3g
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 24, 2018
Pada minit ke-76, Trent Alexander Arnold melebarkan kelebihan dengan sepakan percuma yang sangat cantik. Dan pada minit ke-86, Firmino melengkapkan malam ceria Liverpool dengan tandukan dari jarak dekat. Kredit kepada Robertson yang menggerakkan serangan balas dari belakang.
Liverpool berada di tangga ke-2, terus mengekori rapat Man. City.
Manchester City terus berpesta gol
Manchester City membelasah West Ham 4-0 di Stadium Olimpik London. Man. City berhadapan dengan pasukan yang dibimbing oleh bekas pengurus mereka Manuel Pellegrini.
Manchester City meneruskan rekod cemerlang mereka di hadapan gol dengan corak permainan bertenaga.
3 gol pada separuh masa pertama menerusi David Silva, Sterling dan Sane membuatkan City seakan-akan tak mampu digugat mana-mana pasukan buat masa ini.
Pada masa kecederaan separuh masa kedua, Leroy Sane menambah 1 lagi gol.
Kemenangan ini membolehkan Man. City dan Liverpool tinggal hanya 2 pasukan yang tak lagi merasai kekalahan musim ini selepas Chelsea ditewaskan Spurs.
.@ManCity have scored 4+ goals in a PL match on 2️⃣1️⃣ occasions since Pep Guardiola was appointed manager in July 2016.
4+ goals scored by the other ‘Big Six’ teams during this time:
18 – Liverpool
17 – Tottenham
13 – Arsenal
13 – Chelsea
7 – Man Utd pic.twitter.com/8zzFXJ93cU— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 24, 2018
Man. City juga menjadi pasukan kedua yang menjaringkan 4 ataupun lebih 4 gol dalam 3 perlawanan EPL menentang lawan yang sama. Pada 2009-2011 Chelsea mencatatkan rekod yang sama ke atas Bolton.
Man. United keciciran mata sekali lagi
Manchester United mungkin mencatatkan rekod baik dengan melakukan clean sheet EPL pertama mereka musim ini. Namun mereka gagal untuk menembusi pintu gol lawan membuatkan mereka diikat Crystal Palace 0-0.
Ini adalah kali pertama Man. United gagal menjaringkan gol ke atas Palace dalam saingan liga utama sejak 1970.
Crystal Palace ternyata memberikan masalah kepada Man. United menerusi bekas pemain mereka iaitu Wilfred Zaha. Man. United pastinya berterima kasih sekali kepada David De Gea yang melakukan ‘saves’ penting dalam perlawanan ini.
Man. United tidak cukup tajam di hadapan gol walaupun Anthony Martial sebelum ini mencatatkan rekod cemerlang menjaringkan gol dalam 5 perlawanan EPL berturut-turut. Lebih malang apabila Man. United kini mencatatkan perbezaan jaringan yang negatif.
Manchester City are 14 points clear of Manchester United after 13 games. pic.twitter.com/kEx8rnRUUR
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2018
Selepas tamat perlawanan Jose Mourinho menganggap pasukan beliau tak berhak menang apa-apa dalam perlawanan ini kerana tidak cukup ‘hati’ untuk bermain. Beliau juga menganggap Man. United mendapat keputusan dan mata yang buruk (bad point).
Mourinho memberikan kredit kepada lawan mereka yang disifatkan beliau bermain dengan baik.
Crystal Palace have taken points off of Manchester United in the Premier League at Old Trafford for the first time ever.
LLLLLLLLLLLLLLLLLLD
Finally a trip worth taking. pic.twitter.com/svVt2iBj6X
— Squawka (@Squawka) November 24, 2018
Manchester United cuba mencari ‘spark’ dalam perlawanan ini terutama sekali menerusi Juan Mata dan Ashley Young yang berterusan cuba mencipta peluang kepada penyerang mereka. Namun Lukaku sekali lagi ‘isolated’.
LUKAKU ISOLATED AGAIN
On the fringes and without a goal once again, Romelu Lukaku's struggles continued against Crystal Palace.
What's the solution for Manchester United boss Jose Mourinho?
FEATURE: https://t.co/MnyQAxZxuH | @p_smith86 pic.twitter.com/0fGiOZ5m02
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 24, 2018
Di tengah, Nemanja Matic bergelut dengan prestasi beliau terutama sekali ketika berhadapan dengan Andros Towsend. Ketika wisel penamat dibunyikan, penyokong Man. United menge-‘boo’ pasukan mereka selepas kecewa dengan keputusan yang dicatatkan.
https://twitter.com/bfootynews/status/1066390516336680961
Ini adalah keputusan seri ke-3 dicatatkan Man. United musim ini dalam liga. Dan mereka sudah keciciran 18 mata daripada 13 perlawanan setakat ini.
Ini adalah keputusan penuh kesemua perlawanan EPL pada Sabtu 24 November 2018.