Quantcast

BERITA

Copa Libertadores: Perlawanan Ditangguh Kerana Bas Pemain Diserang

Perlawanan timbal balik Copa Libertadores antara Boca Juniors menentang River Plate terpaksa ditangguhkan. Sekumpulan penyokong River Plate telah menyerang bas yang membawa pemain Boca Juniors.

Serangan berlaku semasa para pemain Boca Juniors dalam perjalanan menuju ke Estadio Monumental, stadium River Plate yang menjadi hos perlawanan kedua. Mereka dalam perjalanan dari hotel di mana mereka menginap.

Cedera

Pablo Perez merupakan pemain Boca Juniors yang dilaporkan cedera pada mata. (Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

Dua pemain Boca Juniors dilaporkan cedera kerana kaca tingkap bas yang pecah dan mengenai mereka. Pemain itu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pemain Boca Juniors, Carlos Tevez juga dilaporkan mengalami pening dan muntah. Beliau juga telah menerima rawatan daripada doktor kelab.

Sepakat tangguh

Ketika serangan berlaku oleh penyokong River Plate. Sumber: UOL Esporte.

Para pengurusan kedua-dua kelab bersetuju untuk menangguhkan perlawanan kedua Copa Libertadores. Ini disebabkan ramai pemain Boca Juniors mengalami kecederaan.

Perlawanan akhir ini akan diadakan pada Ahad malam (pagi Isnin waktu Malaysia).

Dalam perlawanan pertama pada 11 November, kedua-dua pasukan terikat 2-2. Boca Juniors dan River Plate merupakan dua kelab gergasi Argentina yang pertama kali bertemu di peringkat akhir kejohanan Copa Libertadores.

Panas

Seperti diketahui masyarakat dunia, pertemuan antara dua kelab Buenos Aires ini sangat panas. Sampaikan ada yang kehilangan nyawa dan harta.

Mengikut rekod, Boca Juniors pernah memenanginya sebanyak 6 kali. Kali terakhir mereka menjuarainya pada 2007.

River Plate pula hanya 3 kali menjulang kemahkotaan kelab Amerika Selatan itu. Mereka memenanginya pada 2015.

Juara Copa Libertadores 2018 ini bakal meraih tiket ke Piala Kelab Dunia 2018. Mereka akan menerima ‘bye’ dan memulakan aksi di peringkat separuh akhir.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!