Philippe Coutinho menjadi inspirasi penting Liverpool dalam kemenangan pertama mereka selepas 5 perlawanan.
Coutinho melakukan bantuan gol kepada Mohamed Salah pada minit ke-15. Beliau kemudiannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik.
Philippe Coutinho has scored more Premier League goals from outside the box (16) since 2012/13 than any player.
Adding to his collection. pic.twitter.com/yQmFQ8Aa7Y
— Squawka (@Squawka) September 23, 2017
Pada akhir babak separuh masa pertama, Shinji Okazaki menjaringkan gol untuk merapatkan jurang gol.
Ketika Leicester ghairah mencari gol, Liverpool melancarkan serangan balas dan Henderson menyudahkannya dengan tenang pada minit ke-68.
Leicester menyamakan kedudukan hanya selepas 90 saat menerusi Vardy. Ianya selepas Gray melakukan cubaan deras yang ditampan Mignolet tepat ke arah Vardy.
Leicester kemudian berpeluang menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti. Namun ianya diselamatkan Mignolet.
Simon Mignolet has saved more penalties (8) in the Premier League since 2011/12 than any other goalkeeper.
Stood firm. 🙅♂️ pic.twitter.com/dGtFan6lWE
— Squawka (@Squawka) September 23, 2017
Kemenangan ini membolehkan Liverpool naik ke tangga ke-5 dalam carta liga. Leicester City pula turun ke tangga ke-16.
Jurgen Klopp hanya mahu melihat keputusan ini dari sudut positif meskipun akur yang pasukan beliau berterusan gagal melakukan ‘clean sheet’.
“Saya rasa, buat masa ini, banyak perkara yang positif. 3 mata adalah bukti kepada orang di luar sana yang kami masih ada di sini, segalanya baik-baik sahaja.”