Arsenal berhadapan dengan Huddersfield dalam perlawanan EPL ke-16. Namun ternyata Arsenal diberikan malam yang sukar oleh pasukan lawan mereka.
Huddersfield tampil dengan taktikal defensif dan agresif. Perlawanan ini hanya menghasilkan 2 percubaan tepat, kedua-duanya dari Arsenal. Ini bermakna ia menjadi perlawanan EPL paling sedikit percubaan tepat sejak Oktober 2017 melibatkan Watford vs Stoke – juga dengan 2 percubaan tepat.
Arsenal memiliki beberapa siri serangan ke kawasan lawan. Namun mereka bergelut dengan penyudah. Huddersfield berjaya membuatkan Arsenal kecewa banyak kali.
Perlawanan ini diwarnai dengan 9 kad kuning. Separuh masa pertama sahaja ada 7 kad kuning dilayangkan. 33 kekasaran keseluruhannya direkodkan dalam perlawanan ini.
The first-half of Arsenal vs. Huddersfield saw more yellow cards (7) than in the first 45 minutes of any Premier League game this season.
⚠️ Sokratis
⚠️ Lichtsteiner
⚠️ Mustafi
⚠️ Xhaka⚠️ Smith
⚠️ Pritchard
⚠️ WilliamsFeisty stuff. pic.twitter.com/yd4YLIOWmr
— Squawka (@Squawka) December 8, 2018
Tatkala penyokong Huddersfield hampir meraikan 1 mata dari Emirates, pada minit ke-83 Arsenal berjaya mendapat gol. Ianya bermula daripada Matteo Guendouzi yang melakukan hantaran diagonal.
Bola tersebut disambut Aubameyang yang menolaknya ke depan gawang melepasi penjaga gol. Torreira yang tidak dikawal dengan yakin melakukan libasan dan terus gol.
Gol ini menyaksikan Torreira sudah terlibat dalam 3 gol Arsenal dalam 3 perlawanan terakhir – 2 gol dan 1 ‘assist’.
Pengadil memberikan masa tambahan 7 minit. Huddersfield tidak mampu mencari gol penyamaan. Arsenal meneruskan rentetan tanpa kalah kepada 21 perlawanan dalam semua pertandingan.
Arsenal are now unbeaten in their last 21 games across all competitions:
WWWWWWWWWWWDWDDDWWWDW
Goals: 50
Conceded: 19Another one. ☑️ pic.twitter.com/scASV0urhK
— Squawka (@Squawka) December 8, 2018
Arsenal kini sudah mengutip 34 mata daripada 16 perlawanan EPL. Sementara itu Huddersfield terus berada di zon penyingkiran dengan kekalahan ke-18 mereka musim ini.