5 Perkara Daripada Kemenangan Man. United Ke Atas Fulham

1. Pemilihan pasukan oleh Mourinho

Mourinho membuat kejutan dengan tidak menyenaraikan Paul Pogba di dalam kesebelasan utama beliau. Sebelum ini beliau pernah mengkritik Paul Pogba sebagai pemain yang membuatkan tempo permainan Man. United menjadi lambat.

https://twitter.com/utdxtra/status/1071446482010681345

Seterusnya, bek sisi Diogo Dalot terus diberikan kepercayaan untuk bermain dalam perlawanan ini.

Dengan pertukaran ini menyaksikan Man. United sudah melakukan 50 perttukaran dalam kesebelasan utama mereka musim ini. Tiada pasukan lain yag lebih banyak daripada mereka.

2. Manchester United ofensif dan fluid

Jika Manchester United boleh bermain seperti ini setiap minggu, pastinya penyokong mereka akan gembira. Ini kerana Man. United jelas sangat berani untuk terus menyerang. Dalam banyak perlawanan sebelum ini selepas mendahului mereka akan melonggarkan tempo serangan – walaupun berhadapan pasukan kecil.

Di ‘final third’ mereka nampak sangat fluid dan banyak sekali pertukaran hantaran serta permainan kombinasi yang menarik dan tajam.

3. Rekod unik Juan Mata

Juan Mata mencipta rekod unik dalam perlawanan ini dan seperti sudah merancang banyak angka 5.

Juan Mata bermain untuk kali ke-150 dengan persalinan Syaitan Merah. Mata menjaringkan 1 gol dan 1 bantuan gol dalam perlawanan ini.

Ini bermakna Juan Mata sudah menjaringkan 50 gol dan 50 bantuan gol sepanjang tempoh itu. Beliau juga menjadi pemain Sepanyol ke-5 menjaringkan 50 gol dalam EPL.

4. Fulham bukan masalah Man. United

Walaupun musim ini Man. United kerap bermasalah berhadapan dengan lawan yang dianggap ‘boleh makan’ (winnable) namun untuk Fulham mereka tiada masalah. Man. United menang 4-1 di Old Trafford sekaligus menjadi kemenangan terbesar mereka musim ini dalam EPL.

Sebagai rekod, Fulham sudah tewas 21 daripada 23 perlawanan menentang Man. United di Old Trafford. Kemenangan tunggal mereka di Old Trafford adalah pada 2003, ketika Fulham menang 3-1.

5. Lukaku akhiri kemarau di Old Trafford

Romelu Lukaku menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini. Jelas terpancar kelegaan di wajahnya. Ini kerana beliau sudah kemarau gol di Old Trafford sejak 31 Mac 2018. Ianya adalah kemarau sekitar 8 bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN