Balotelli Kecewa Dengan Sikap Penyokong AC Milan Terhadapnya

Mario Balotelli meluahkan kekecewaannya dengan segelintir penyokong AC Milan yang tidak menghormati beliau. Sebelum ini ramai penyokong AC Milan mahukan beliau kembali ke kelab itu. Namun Balotelli masih menghormati kontraknya dengan Nice.

Balotelli pernah meluahkan rasa sayangnya kepada AC Milan walau di mana sahaja beliau berada. Namun selepas musim yang sukar di Nice musim ini, Balotelli menjadi kecaman penyokong Milan. Balotelli masih belum menjaringkan sebarang gol pada musim 2018/19.

Beberapa media mengaitkan Balotelli mungkin akan kembali ke AC Milan. Malangnya, Balotelli mendapati banyak komen penyokong AC Milan yang tidak setuju dan beliau paling kecewa dengan komen yang memperlekehkan dirinya.

Balotelli telah meluahkan kemarahannya menerusi instagram story. Beliau berkata: “Bagus sekali melihat ramai penyokong AC Milan tidak suka kepulangan yang tak pasti saya ke Milan.”

Balotelli memaksudkan berita kepulangan itu hanyalah spekulasi media. Beliau berkata lagi: “Tak mengapalah, ada harinya anda diperlukan dan ada harinya anda tidak diperlukan. Paling penting [saya] tidak pernah ada rasa menyesal.”

“Buat masa ini saya tidak merancang untuk berpindah ke mana-mana pasukan. Saya menulis ini untuk menggariskan betapa tidak berterima kasih dan tiada rasa hormat orang yang saya sentiasa sayangi [penyokong AC Milan] selama ini.”

Balotelli mengingatkan penyokong AC Milan bahawa beliau pernah mendesak berpindah ke kelab seteru Inter Milan itu kerana sayangnya kepada AC Milan. Ketika AC Milan berhadapan dengan krisis kewangan dan berhadapan dengan kemerosotan, beliau setia bersama AC Milan.

Beliau setuju untuk menyertai Liverpool sebagai salah satu langkah beliau membantu kewangan kelab Milan ketika itu.

Ketika di Liverpool, ramai penyokong Milan sentiasa berhubung dengan beliau di media sosial dan menghormatinya. Selepas bergelut dengan prestasi, beliau kemudian meminta Liverpool untuk meminjamkannya ke AC Milan. Dan selepas itu barulah beliau menyertai Nice.

Kini AC Milan memiliki kuasa beli pemain. Maka para penyokong Milan mulai merasakan Balotelli adalah pembaziran. Balotelli tidak meminta penyokong AC Milan menerimanya kembali ke kelab itu. Namun beliau berharap para penyokong Milan tidak keterlaluan dalam memberikan komen di media termasuk media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN