EPL: Kemenangan City Dicemari Kain Rentang “White Lives Matter Burnley”

Manchester City Burnley

Phil Foden dan Riyad Mahrez masing-masing menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester City membelasah Burnley 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada awal pagi tadi.

Sekalipun Pep Guardiola membuat lapan pertukaran daripada kesebelasan utama ketika menewaskan Arsenal tempoh hari, ianya langsung tidak memberi kesan besar kepada corak permainan The Citizen dan membuktikan pasukan itu mempunyai ‘squad depth’ yang cukup padu.

Keputusan itu memastikan City terus mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua dan mengurangkan jarak perbezaan mata dengan pendahulu liga, Liverpool kepada 20 mata dengan lapan perlawanan lagi masih berbaki.

Liverpool juga terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menjulang kejuaraan walaupun menang ke atas Crystal Palace di Anfield pada Rabu ini.

Sekiranya City menang ke atas Chelsea pada Khamis, maka Liverpool perlu menunggu pula pertembungan di Stadium Etihad pada 2 Julai untuk muncul juara liga buat kali pertama selepas 30 tahun.

Phil Foden beraksi cemerlang walaupun ini hanya kali keempat beliau memulakan perlawanan dalam kesebalasan utama. Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 menerusi rembatan kencang dari jarak 20 meter menewaskan Nick Pope.

Mahrez kemudian menggandakan kelebihan dengan gol menarik hasil hantaran jauh dari Fernandinho dan kemudian menggelecek melepasi kawalan pemain pertahanan Burnley sebelum merembat dengan kaki kanan.

City menjaringkan gol ketika beberapa minit sebelum tamat babak pertama menerusi sepakan penalti RIyad Mahrez selepas pertahanan Burnley, Ben Mee mengasari Sergio Aguera dalam kotak penalti sehingga penyerang Argentina itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Burnley terus ditimpa malang apabila David Silva menyudahkan hantaran lintang Bernardo Silva pada hanya selepas enam minit perlawanan bersambung pada separuh masa kedua.

Foden menutup malam cemerlangnya dengan gol kelima pasukannya pada minit 63 hasil gerakan serangan balas pantas.

Dalam temubual selepas perlawanan, Foden jelas gembira dengan persembahannya dalam perlawanan ini dan menganggap ianya adalah yang terbaik sepanjang menyarung jersi City.

“Saya masih belajar banyak perkara setiap hari. Walaupun saya masih muda, tetapi saya dengan gembira apabila dapat menampilkan aksi seperti ini di atas padang.”

Dalam pada itu, Burnley menafikan terlibat dengan kain rentang yang tertera perkataan ‘White Livers Matter Burnley’ yang diterbangkan oleh sebuah pesawat kecil di atas Stadium Etihad.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN