EPL: Jaringan ‘Screamer’ Lewat Sturridge Ikat Chelsea

Eden Hazard dan Daniel Sturridge sekali lagi berada dalam senarai penjaring untuk perlawanan di antara Chelsea dan Liverpool.

Hazard meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama. Dan sudah pastinya kedudukan itu meletakkan mereka di atas Manchester City.

Hazard kini menjadi pendahulu untuk senarai penjaring EPL dengan 6 gol.

https://twitter.com/R1Finesse/status/1046087087886413825

Pertahanan Chelsea cemerlang mengeluarkan bola percubaan Firmino dan Salah dari garisan gol. Alisson turut berjaya melakukan aksi menyelamat menafikan gol kedua Hazard.

Shaqiri memiliki peluang keemasan namun sentuhan akhir beliau tidak berjaya menolak bola ke dalam gawang.

Klopp memasukkan Daniel Sturridge. Hanya beberapa minit di dalam padang beliau melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk memastikan Liverpool membawa pulang 1 mata daripada Stamford Bridge.

https://twitter.com/slawekmorawski/status/1046101925157048320

Ini reaksi daripada Rudiger ke atas gol itu.

Sebelum wisel penamat, Chelsea mendapat 2 peluang menerusi Luiz dan Alonso.

Keputusan ini menamatkan rekod 100% menang Liverpool dalam EPL musim ini. Di atas kertas, Liverpool di belakang Man. City hanya dibezakan perbezaan jaringan.

Jadi perlawanan selepas ini di antara Liverpool dan Chelsea pastinya menarik.

Chelsea masih kekal 2 mata di belakang City dan Liverpool. Chelsea kini di tangga ke-3.

Secara tak langsung keputusan seri ini mengekalkan 3 pasukan sahaja yang masih belum kalah ketika ini iaitu Man. City, Liverpool dan Chelsea.

Tamat perlawanan kedua-dua pengurus saling tersenyum. Maurizio Sarri menyatakan beliau agak kecewa kerana melepaskan 2 mata pada minit akhir namun tersenyum kerana menikmati bola sepak yang cantik di atas padang.

Sarri juga berpendapat yang seri adalah keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN