EPL: Gol Minit Akhir Yarmolenko Buat Chelsea ‘Ternganga’

Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko menjadi pemusnah buat Chelsea selepas jaringan dramatiknya pada minit-minit akhir memberikan kemenangan berharga 3-2 buat West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London pada awal pagi tadi.

Penyerang berusia 30 tahun itu tampil buat kali pertama dalam tempoh enam bulan dengan dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-78 dan muncul wira pasukannya yang kini sedang bergelut untuk terus kekal di EPL.

Dalam perlawanan Derbi London ini, Tomas Soucek telah pun meletakkan West di depan pada minit ke-34, tetapi dibatalkan seleaps semakan VAR mendapati Michail Antonio berada di kedudukan ofsaid.

Hanya beberapa minit kemudian Chelsea mendapatkan gol pertama apabila Issa Diop menjatuhkan Christian Pulisic dalam kotak penalti dan sepakan penalti diterjemahkan dengan sempurna oleh Willian.

Soucek kemudian menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan tandukan dari sepakan penjuru dan Antonio cemerlang meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-51 hasil hantaran lintang Jarrod Bowen.

Willian sekali lagi menggegar jaring menerusi sepakan percuma untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-72.

Ketika Chelsea sedang galak mengasak untuk mencari gol kemenangan, West Ham United mengambil kesempatan dengan membuat serangan balas pantas bermula dengan gerakan Pablo Fornals yang kemudian disudahkan dengan baik oleh Yarmolenko yang merembat kencang melepasi jangkauan Kepa Arrizabalaga.

Sekalipun tanpa kehadiran penyokong di stadium, pemain West Ham meraikan kemenangan bermakna itu dengan begitu meriah selepas berjaya mengutip tiga mata bagi menjarakkan kedudukan pasukan itu dari zon bahaya.

“Saya tahu Yarmalenko boleh menjaringkan gol. Dia mempunyai rekod yang baik,” ujar pengurus West Ham, David Moyes selepas perlawanan.

“Saya rasa masa yang tepat untuk memasukkan. Kami bekerja keras ketika kedudukan 2-2, tetapi pemain agak bergelut sehinggalah beliau dimasukkan dan menjaringkan gol kemenangan.

“Jika kamu dapat kumpul sekurang-kurangnya 40 mata, kamu akan selamat di EPL, jadi kami perlu sasarkan untuk mengutip mata sebanyak itu dengan menang tiga lagi perlawanan musim ini.”

Chelsea yang sepatutnya berpeluang untuk naik ke tangga ketiga dengan memintas Leicester CIty perlu menyalahkan diri mereka sendiri selepas terpaksa pulang hampa tanpa mengutip sebarang mata

Manchester United dan Wolverhampton Wanderers pula yang berada di tangga kelima dan keenam kini berada di prestasi terbaik untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN