EPL: Gol Kemenangan City Diragut VAR, Spurs Bawa Pulang 1 Mata

Jika anda penyokong Manchester City, mungkin ini reaksi anda tadi:

Manchester City melayan kunjungan Spurs dalam aksi tumpuan EPL pada minggu ini.

Skuad Pep Guardiola mendahului pada minit ke-20 menerusi Raheem Sterling. Selepas satu hantaran cantik oleh Kevin De Bruyne.

Namun begitu, Tottenham Hotspur menyamakan kedudukan, 3 minit selepas itu, menerusi rembatan deras Erik Lamela – hasil umpanan Tanguy Ndombele.

Manchester City sekali lagi di hadapan menerusi penyerang prolifik mereka Sergio Aguero. Juga hasil ciptaan peluang oleh Kevin De Bruyne.

Pada separuh masa kedua, pemain gantian, Lucas Moura memberikan impak segera. Beliau menjaringkan gol ke-2 menerusi tandukan.

Pada akhir minit ke-65, Sergio Aguero dikeluarkan. Dan pemain itu bertikam lidah dengan Pep Guardiola.

Pada babak akhir perlawanan, Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan. Seluruh stadium Etihad bergema. Pep Guardiola dan Kun Aguero saling berpelukan sesama mereka meraikan gol tersebut.

Namun gol itu ditarik balik selepas tinjauan VAR mendapati bola terkena tangan pemain Man. City sebelum gol itu terhasil.

Tamat perlawanan City 2 Spurs 2. Gabriel Jesus bengang dan menuju ke arah pengadil, menyatakan : “VAR is sh**”

Pengulas perlawanan menyebut ini adalah dejavu. Pasukan yang sama City lawan musim lalu iaitu Spurs dengan VAR menjadi penentu situasi gol penting dalam perlawanan.

Secara keseluruhannya, Manchester City pasukan yang sangat dominan. Namun Spurs berjaya mengelak daripada dibolosi lebih banyak.

Pada masa yang sama Spurs menghukum kealpaan Manchester City ketika bertahan. Spurs hanya melakukan 2 percubaan tepat dan kedua duanya ke gawang. City melakukan 10 percubaan tepat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN