EPL: Aston Villa Kalah Lagi, Jack Grealish Cipta Rekod Tak Diingini

Aston Villa musim ini berbelanja lebih £144 juta untuk membeli pemain. Namun selepas 2 perlawanan, mereka gagal mendapat sebarang mata.

Terbaru, Aston Villa tunduk 1-2 di tangan Bournemouth. Joshua King meletakkan Bournemouth di hadapan seawal minit ke-2 menerusi sepakan penalti.

10 minit selepas itu, bintang muda yang dipinjam dari Liverpool, Harry Wilson melakukan gol daripada luar kotak penalti.

Ianya sudah menjadi ‘signature’ kepada pemain kebangsaan Wales itu.

Pada separuh masa kedua, Villa mendapat gol menerusi Douglas Luiz. Namun mereka gagal untuk mendapatkan gol penyamaan.

Rekod buru Grealish

Jack Grealish merupakan pemain yang sangat cemerlang dalam 2 aksi Aston Villa setakat ini. Dalam perlawanan ini sahaja beliau mencipta 6 peluang gol.

Malangnya pemain ini dipalit dengan rekod yang tidak diingini. Beliau kini sudah kalah 20 perlawanan EPL berturut-turut. Menjadikan ia rekod terpanjang dalam sejarah.

Rekod itu dicipta pada 2 musim sebelum ini, ketika beliau bermain di EPL pada musim 2014/15, 2015/16 dan ditambah dengan 2 perlawanan setakat ini, musim 2019/20.

 

Adakah rekod ini akan berakhir pada minggu hadapan? Di mana Aston Villa akan berhadapan Everton selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN