Pasukan-pasukan di EPL telah sebulat suara mengundi jendela perpindahan pra-musim akan ditutup lebih awal iaitu sebelum musim bermula.
Ini kerana ramai pengurus merungut kerana pemain mereka dibeli di saat-saat akhir oleh pasukan lain sedangkan mereka sudah terlibat di dalam minggu-minggu awal liga yang sudah bermula.
Ia sedikit mengganggu persediaan yang sudah dirancang. EPL akan menutup jendela perpindahan mereka pada hari Khamis terakhir pukul 5 petang sebelum liga bermula pada Sabtu.
Namun begitu kelab masih boleh menjual pemain mereka kepada pasukan lain yang masih membuka jendela perpindahan mereka seperti ini.
Pasti ramai yang agak pening dengan kenyataan ini. Jendela perpindahan ditutup bermakna, pasukan akan mendaftarkan 25 pemain skuad mereka sebaik sahaja jendela perpindahan ditutup.
Namun, mereka masih boleh menjual pemain kepada kelab lain yang jendela perpindahan mereka masih aktif sehingga 31 Ogos. Tetapi mereka tidak boleh membeli!
14 pasukan menyokong usul tersebut. Hanya 5 yang tidak menyokong iaitu Manchester United, Manchester City, Watford, Swansea dan Crystal Palace. Burnley pula memilih untuk tidak mengundi.
Pihak Football League telah berbincang dengan kesemua pihak yang berkaitan termasuk pemilik bersama kelab.
Pandangan pengurus dan bekas pengurus EPL
Arsene Wenger – “Penting untuk menutup jendela perpindahan sebelum musim bermula. Sebelum ini, ada pemain yang tidak jelas sama ada mereka ada dalam perancangan pasukan ataupun tidak? Mungkin petang itu mereka akan ‘dirembat’ (tapped) kelab lain. Itu bukan cara betul untuk bekerja.”
Alex Ferguson pula berbeza pandangan dengan kelab lamanya. Beliau antara orang pertama yang mencadangkan agar jendela perpindahan ditutup lebih awal selepas saga melibatkan Barcelona dan Liverpool. Sir Alex menyatakan dia faham situasi Liverpool yang enggan melepaskan pemain setelah kelab dalam keadaan sudah bersedia penuh untuk memulakan musim.
Ronald Koeman – “Perkara ini harus diaplikasikan di seluruh Eropah juga. Jika hanya kita yang menutup jendela awal, kita tetap ada masalah kerana pemain kita masih boleh dibeli. Memang sepatutnya jendela perpindahan ditutup sebelum musim bermula.”
Jose Mourinho – “Sebenarnya dasar ini akan menutup peluang kepada kelab-kelab di Inggeris untuk menjana keuntungan lebih dalam jendela perpindahan.”
Reaksi daripada pegawai liga lain
Giuseppe Marotta (Pengarah Juventus) – “Serie A patut mengikut langkah yang sama. Keputusan EPL menutup jendela lebih awal itu keputusan yang bagus. Saya harap perkara ini dibincangkan untuk diaplikasikan di seluruh Eropah.”
Monchi (Pengarah Sukan Roma) – “Ia keputusan yang betul dan logik.”
Vadim Vasilyev (Naib Presiden Monaco) – “Menutup jendela perpindahan sebelum liga bermula satu idea yang bagus.”
Pihak La Liga buat masa ini merasakan perkara ini bukan penting untuk dibincangkan buat masa ini.
Sumber