2 kad merah dianggap pelik (weird) menghiasi pertemuan di antara Bournemouth dan Everton.
Rekod di tempat lawan Marco Silva dalam EPL terus mengecewakan di mana beliau kini hanya mengumpul 17 mata daripada 22 kunjungan ke tempat lawan.
Everton mendahului dengan 2 gol hasil jaringan cantik Walcott diikuti oleh Michael Keane.
Jaringan Walcott memang klasik Theo Walcott. Menggunakan kepantasan larian dan menewaskan penjaga gol dengan rembatan deras.
https://twitter.com/HdGoalz/status/1033375224203554816
Keane menanduk bola hantaran daripada Gylfi Sigurdsson.
Richarlison dilayangkan kad merah selepas didakwa mengasari lawan dengan kelakuan ganas. Richarlison didakwa menghantuk kepala lawan. Anda lihat sendiri.
https://twitter.com/SidelineScouted/status/1033366395919245312
Bournemouth juga menyaksikan seorang pemain mereka dilayangkan kad merah. Adam Smith dilayangkan kad merah pada minit ke-61.
Satu lagi kad merah pelik dilayangkan pengadil kerana Walcott jelas kehilangan imbangan badan beliau.
Bournemouth bangkit pada 15 minit terakhir. Bermula daripada penalti Joshua King pada minit ke-75.
4 minit kemudian Nathan Ake menyamakan kedudukan. Perlawanan berakhir 2-2.
What. A. Comeback.
74’: 2-0 Everton
79’: 2-2 pic.twitter.com/kbBt3YfTY5— Premier League USA (@PLinUSA) August 25, 2018
Bournemouth kini antara pasukan yang ada reputasi yang sangat baik menyelamatkan mata daripada kedudukan mereka ketinggalan.
Buat masa ini, mereka sudah menyelamatkan 24 mata daripada kedudukan mereka ketinggalan sejak musim lalu.