EPL: Arsenal Masih Belum Kalah Di Tahun 2020

Arsenal meneruskan rentak tanpa kalah mereka di tahun 2020 selepas berjaya menumbangkan cabaran Everton dengan jaringan 3-2 di Emirates Stadium.

Pierre-Emerick Aubameyang menjadi bintang menyinar dalam perlawanan tersebut apabila berjaya memberikan dua gol buat tuan rumah yang pada mulanya ketinggalan seawal minit pertama.

Kegagalan Arsenal ketika bertahan sewaktu sepakan percuma Everton dihukum oleh Dominic Calvert-Lewin yang melakukan percubaan akrobatik melepasi Bernd Leno.

Pemain muda Eddie Nketiah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 selepas berjaya menolak masuk hantaran lintang Bukayo Saka dari sebelah kiri.

Nampaknya, keputusan Arsenal memanggil beliau semula dari Leeds United adalah tepat.

Satu daripada dua gol Aubameyang terhasil pada minit ke-33 selepas David Luiz melakukan hantaran berjaya lolos dari pertahanan Everton.

Aubameyang memecut laju lalu melakukan penyudah tenang menewaskan Jordan Pickford di gol.

Kerapuhan Arsenal ketika bertahan sewaktu situasi bola mati sekali lagi memberikan peluang buat Everton untuk menyamakan kedudukan, kali ini menerusi Richarlison.

Gol yang terhasil pada masa kecederaan separuh masa pertama itu berpunca dari sepakan penjuru yang berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Arsenal.

Akan tetapi, bola kedua yang dilancarkan ke kotak penalti tuan rumah tidak berjaya diuruskan dengan baik dan ini membolehkan pemain Brazil itu menolak mudah melepasi Leno.

Jika Everton menjaringkan gol di minit pertama separuh masa pertama, Arsenal menjaringkan gol di minit pertama separuh masa kedua menerusi Aubameyang.

Hantaran lintang dari Nicolas Pepe berjaya menemui kepala Aubameyang untuk membolehkan ketua pasukan Arsenal itu menjaringkan gol kemenangan.

Kemenangan 3-2 itu memanjangkan lagi rekod tanpa kalah Arsenal di tahun 2020 dan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Premier League.

Kesebelasan utama

Arsenal: Bernd Leno (penjaga gol), Hector Bellerin, Shkodran Mustafi, David Luiz, Sead Kolasinac (Bukayo Saka 18′), Dani Ceballos (Lucas Torreira 76′), Granit Xhaka, Nicolas Pepe, Mesut Ozil (Matteo Guendouzi 82′), Pierre-Emerick Aubameyang (ketua pasukan), Eddie Nketiah

Everton: Jordan Pickford (penjaga gol), Djibril Sidibe, Yerry Mina, Mason Holgate, Leighton Baines (ketua pasukan), Alex Iwobi (Bernard 60′), Morgan Schneiderlin (Andre Gomes 59′), Fabian Delph (Moise Kean 82′), Gylfi Sigurdsson, Dominic Calvert-Lewin, Richarlison

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN