EPL: Antonio ‘Pulun’ Empat Gol Untuk Bantu West Ham Singkirkan Norwich

Antonio West Ham Norwich

Norwich City menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Michail Antonio menjaringkan empat gol sekaligus membantu West Ham United menang 4-0 dan menjarakkan kedudukan mereka dari zon penyingkiran.

Tujuh kekalahan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Daniel Farke terperosok di dasar liga dengan hanya mengutip 21 mata, 13 mata dari zon selamat dengan saingan hanya berbaki tiga perlawanan.

Sejak menjuarai Liga Kejuaraan musim lepas, Norwich ternyata gagal ‘menyesuaikan diri’ dengan prestij EPL selepas mereka tersingkir buat kali ketiga dalam tempoh tujuh musim.

‘Kenduri’ gol Antonio bermula seawal minit ke-11 menerusi rembatan voli di hadapan gol hasil sentuhan Issa Diop bermula dari sepakan penjuru sebelum menjaringkan gol kedua pada masa tambahan babak pertama dengan menanduk hantaran Mark Noble dari sepakan percuma.

Noble kemudian sekali lagi menyumbang kepada jaringan hatrik Antonio pada minit ke-54 dengan hantaran lambung ke depan. Penjaga gol Norwich, Tim Krul yang menyelamatkan percubaan pertama Antonio gagal menidakkan tandukan susulan dari pemain tersebut.

Gol keempat perlawanan hadir pada minit ke-74 apabila Antonio mudah menolak masuk hantaran pendek Ryan Frederick.

Ianya merupakan kemanangan di tempat lawan pertama buat David Moyes dan meletakkan West Ham kini enam mata dari zon penyingkiran dengan dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka akan berlangsung di laman sendiri berdepan Watford dan Aston Villa.

Norwich pada awal musim telah mengejutkan banyak pasukan termasuk menewaskan juara bertahan Manchester City 3-2 serta berjaya mengikat Tottenham Hotspur dan Arsenal. Tetapi kekalahan ke-24 musim ini gagal menyelamatkan pasukan tersebut dari tersingkir.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai West Ham United dan Norwich City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN