EPL: 5 Perkara Daripada Kemenangan 2-0 Arsenal Ke Atas Spurs

Arsenal masih tidak menang ke atas Spurs dalam 3 tahun setengah. Ini adalah kemenangan pertama mereka ke atas Tottenham Hotspur.

1. Sistem high pressing Arsenal diperbaiki

Sebelum ini kami ada menggariskan sistem high pressing Arsenal yang kurang sokongan daripada belakang. Namun dalam perlawanan ini, mereka jelas memperbaik aspek tersebut.

Arsenal memberikan masalah kepada Spurs untuk membina gerakan daripada bawah.

2. Harry Kane tidak cergas

Harry Kane jelas sekali satu ‘perjudian’ oleh Pochettino. Pemain ini masih belum mencapai kecergasan penuh dalam perlawanan ini.

Namun Kane tetap memberikan sedikit impak pada separuh masa pertama dengan penglibatan yang agak terhad dan dikeluarkan pada minit ke-90.

Selain daripada Kane, beberapa pemain tidak berada dalam prestasi terbaik untuk Spurs mengharungi perlawanan ini.

3. Percaturan Pochettino gagal

Pada separuh masa pertama Spurs dipaksa lebih ke belakang oleh Arsenal. Mereka bermasalah di zon pertahanan terutama sekali Eric Dier dan Vertonghen.

Arsenal mengelakkan persaingan di tengah dengan banyak pergi ke sisi, memanipulasi kegugupan Spurs di situ.

Ben Davies gagal memberikan perlindungan kepada Vertonghen. Spurs bertahan sebagai unit tetapi ada beberapa fasa mereka kurang berdisiplin.

4. Arsenal tajam

Arsenal dan Spurs hanya memiliki percubaan tepat pada separuh masa pertama. Arsenal menyudahkan kedua-duanya. Manakala Spurs gagal untuk berbuat demikian.

Dalam perlawanan besar seperti ini, ketajaman seperti itu amat diperlukan untuk memastikan peluang yang terhad dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Gandingan serangan Arsenal hari ini menjadi dengan Sanchez dan Ozil kembali kepada prestasi terbaik mereka.

5. Mesut Ozil cemerlang

Ozil mendapat penghargaan standing ovation daripada penyokong Arsenal. Beliau cemerlang dalam merencana serangan dan komited untuk bertahan.

Ozil melakukan 4 hantaran kunci di dalam perlawanan. Dan anda boleh rujuk statistik beliau di bawah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN