Safuwan Baharudin Dan Norshahrul Bakal Sertai Pahang

Dalam satu muat naik bintang antarabangsa Singapura, Safuwan Baharudin di instagram beliau, ianya menunjukkan gambar beliau bersama Norshahrul berjumpa dengan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah.

Tengku Muda Pahang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Kelibat Dollah Salleh juga kelihatan dalam gambar tersebut.

https://www.instagram.com/p/BbohWu0Ftte/?hl=en&taken-by=safuwanbaharudin

Kapsyen ringkas beliau, Alhamdullilah Pahang 2018! Mimpi menjadi kenyataan mengesahkan perkara itu.

Namun berdasarkan tinjauan kami di media rasmi Pahang FA, masih belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Safuwan pernah beraksi bersama Lions XII dan pernah berkelana ke Melbourne City FC secara pinjaman. Beliau kemudian bermain untuk PDRM FA.

Safuwan merupakan seorang pemain tengah yang boleh bertahan dan juga membantu di bahagian serangan. Kekuatan utama pemain ini adalah hantaran dan juga seorang pemain yang kompetitif secara fizikal.

Sementara itu, Norshahrul Idlan Talaha bukan nama asing dalam bola sepak Malaysia. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk beberapa pasukan seperti Kelantan, JDT, ATM, Terengganu dan musim lalu dengan Felda United.

Musim lalu, Norshahrul hanya menjaringkan 5 gol untuk Felda United. Rekod jaringan terbaik semusim Norshahrul adalah pada 2011 dengan 23 bersama-sama Kelantan.

Norshahrul bermain untuk pasukan kebangsaan dalam semua peringkat. Beliau merupakan pemain penyerang kedua dan boleh bermain sebagai no.9.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN