EPL : 4 Fakta Menarik Pertemuan Antara Arsenal vs Man United

Perlawanan keempat saingan English Premier League (EPL) membabitkan pertemuan antara Arsenal dan Manchester United malam tadi ternyata menjadi tumpuan para peminat bola sepak setelah skuad kendalian Mikel Arteta tampil lebih baik berbanding  lawan selepas mencatat kemenangan mudah 3-1 di Stadium Emirates.

Dalam perlawanan tersebut, terdapat empat  fakta menarik  sama ada kita sedar atau tidak. Jom kita lihat dan nilaikan sendiri

Arsenal Tidak Pernah Tewas Di ‘Home ground’

Mungkin ramai tidak sedar mengenai Arsenal tidak pernah tewas kepada United sejak musim 2018/2019 dalam saingan EPL setiap kali menerima kunjungan pasukan itu. Rekod baik enam perlawanan termasuk malam tadi membuat mereka terus kebal bermain di halaman sendiri.

Bagi peminat United, mungkin mereka menyedari hal ini dan mengharapkan pasukan mereka mampu membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya tetapi mereka terus konsisten memberi tiga mata penuh kepada lawan mereka.

Kali terakhir pasukan The Red Devils meraih tiga mata pada tahun 2017 menerusi jaringan 3-1 dan selepas itu mereka terus kempunan untuk dapatkan kemenangan.

Pertahanan United Yang Rapuh

Ketiadaan Raphael Varane untuk bergandingan bersama Martinez ternyata memberi masalah buat Erik Ten Hag apabila sistem pertahanan mereka lebih mudah ditembusi pasuakan lawan.

Jika Varane dan Martinez bermain bersama, sistem pertahanan mereka nampak lebih baik dan tersusun namun jika tiada salah satu atau kedua-duanya maka ia menjadi mudah untuk pasukan lawan menyerang serta mendapatkan jaringan.

Ini yang terjadi dalam perlawanan malam tadi apabila United dilihat agak sukar untuk membendung setiap asakan dari pemain Arsenal.

VAR Selamatkan Kedua-dua pasukan. 

Video Assistant Referee (VAR) telah membantu kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. United terselamat dari kesalahan menjatuhkan Kai Havertz dalam kotak penalti sementara Arsenal pula diselamatkan VAR dari jaringan Alejandro Garnacho yang hampir memberi kemenangan kepada pasukan pelawat.

Namun bantuan VAR itu mengesahkan pemain itu sedikit ‘offside’ dan jaringan tersebut dibatalkan sekaligus memberi peluang Arsenal bamgkit mencipta kemenangan.

Meskipun pemain United cuba memintak pengadil perlawanan,Anthony Taylor untuk melihat kembali video ulangan selepas mereka mendakwa jaringan kedua Rice itu patut dibatalkan selepas berlaku kekasaran dalam kotak penalti tetapi Taylor tidak mengendahkannya.

Harry Maguire Tiada Ketenangan 

Sebelum masuk bekas ketua pasukan mereka ini, pemain begitu yakin beraksi dengan sistem hantaran pendek, meskipun ditekan oleh pemain Arsenal namun sebaiknya Maguire masuk terus menjadi kucar-kacir dan beliau sendiri dilihat tidak begitu yakin untuk bermain hantaran pendek bersama rakan sepasukan.

Malah kemasukan beliau juga menjadi asbab skuad Ten Hag dibolosi dua jaringan pada masa kecederaan sekaligus terus menjadi mangsa amarah peminat United di seluruh dunia.

Penutup 

Skuad kendalian Arteta dilihat lebih baik dari segi mencipta peluang dan gaya permainan mereka juga lebih baik dari United.

Ten Hag harus bekerja lebih keras jika ingin mencabar kejuaraan liga dan melangkah lebih jauh dalam saingan Eropah nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN