EPL 2020/21: Jaringan Penalti Pascal Gross Bantu Brighton Ikat Liverpool

Pascal Gross

Jaringan sepakan penalti Pascal Gross pada masa kecederaan memaksa Liverpool sekadar berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 ketika bertemu Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang berlangsung di Stadium Amex, sebentar tadi.

Video Assistant Referee (VAR) jelas menjadi topik perbualan utama pada perlawanan ini susulan dua jaringan Liverpool yang dibatalkan serta menghadiahkan sepakan penalti kedua buat pasukan tuan rumah.

Beraksi di gelanggang sendiri, Brighton dilihat berbahaya terutama pada 20 minit dengan beberapa gerakan menarik dapat dijelmakan ke kubu Liverpool. Bagaimanapun, kelemahan penyudah menggagalkan usaha skuad yang dibimbing Graham Potter itu.

Ia dibuktikan seawal minit ke-10 apabila Neal Maupay melakukan lorongan menarik buat Aaron Connolly yang meluru pantas ke dalam kawasan penalti pasukan pelawat. Namun, Connolly yang hanya berhadapan dengan Alisson Becker gagal menggunakan peluang terhidang.

Berselang 10 minit kemudian, Brighton sekali lagi hampa apabila Maupay gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila tendangannya tersasar ke sebelah kiri pintu gol Liverpool ketika Alisson sudah melayangkan badan ke arah berlawanan. Sepakan tersebut diberikan selepas pemain pertahanan, Neco Williams melakukan kekasaran terhadap Connolly dalam kawasan penalti.

Mohamed Salah hampir meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-34 tetapi VAR telah membatalkan jaringannya selepas beliau hanya sedikit sahaja dikesan berada dalam keadaan ofsaid.

Memasuki minit ke-42, Takumi Minamino cuba untuk mengancam kubu Brighton menerusi percubaan menggunakan ‘outside foot’ dari luar kawasan penalti, namun ia mudah ditangkap kemas penjaga gol, Matthew Ryan.

Diogo Jota akhirnya berjaya memisahkan kedua-dua pasukan setelah gerakan lincahnya dalam kawasan penalti disudahkan dengan percubaan rendah yang gagal diselamatkan Ryan untuk meletakkan pasukan pelawat itu di hadapan pada minit ke-60.

Sadio Mane yang masuk bagi menggantikan Salah berjaya melebarkan kedudukan pada minit ke-84. Bagaimanapun, keputusan VAR sekali lagi menjadi penghalang yang mengesan beliau berada dalam keadaan ofsaid.

Masih segar dengan kemenangan bertemu Aston Villa pada minggu lalu, Brighton berusaha keras untuk mendapatkan jaringan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-93 selepas Pascal Gross menyempurnakan sepakan penalti setelah Danny Welbeck dikasari oleh Andy Robertson, juga selepas rujukan VAR.

Keputusan itu kekal sehingga tamat permainan untuk Liverpool melonjak ke tangga teratas dengan 21 mata, berkelebihan satu mata di hadapan Tottenham Hotspur yang berpeluang untuk merampas kedudukan tersebut sekiranya berjaya menundukkan Chelsea, awal pagi Isnin.

Kredit featured image: Neil Hall – Pool/Getty Images

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN