Chris Hughton Puji Pascal Gross Selepas Bantu Brighton Catat Kemenangan Sulung

Pengurus Brighton & Hove Albion, Chris Hughton akhirnya berjaya menarik nafas lega apabila anak buahnya mencatatkan kemenangan sulung malam tadi.

Kemenangan 3-1 keatas West Bromwich Albion (WBA) di Falmer Stadium itu juga bukan sahaja menamatkan kemarau tanpa kemenangan buat The Seagulls, malah ianya pengakhiran kepada penantian mereka untuk menghasilkan jaringan selepas gagal melakukannya pada 3 perlawanan terdahulu.

Pascal Gross berjaya menyumbang 2 gol manakala Tomer Hemed menambah satu lagi jaringan untuk memastikan kemenangan sulung tersebut walalupun James Morrison cuba untuk merapatkan jurang dengan gol saguhati pada minit ke-77.

Sumbangan bermakna Gross yang menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama dan satu lagi jaringan sebaik sahaja babak kedua berlangsung mendapat pujian dari Hughton.

Chris Hughton
BRIGHTON, ENGLAND – SEPTEMBER 09: Pascal Gross of Brighton and Hove Albion battles for the ball with Grzegorz Krychowiak of West Bromwich Albion during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and West Bromwich Albion at Amex Stadium on September 9, 2017 in Brighton, England. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

”Gross begitu baik sejak dari hari pertamanya disini,” kata Hughton kepada Skysports selepas perlawanan.

”Dia cepat menyesuaikan diri dan juga menjalani latihan pra-musim bersama kami, ianya sangat membantu Gross. Dia merupakan seorang pemain yang fleksibel dan boleh bermain di beberapa posisi di bahagian tengah. Kesesuaian ini juga membantu kami.”

”Kredit harus diberikan kepada ‘scouting’ kami. Gross telah berada dalam radar pasukan sejak beberapa tahun yang lalu, malahan saya mengikuti perkembangannya kira-kira dua tahun setengah yang lalu. Dia seorang pemain yang bekerja keras.”

Pada 3 perlawanan liga sebelum ini, Brighton tewas 2-0 ditangan Manchester City dan Leicester City serta berjaya mencuri satu mata apabila terikat tanpa jaringan ketika bertemu Watford.

Mengulas mengenai kemenangan sulung tersebut, Hughton beranggapan mata penuh yang diperolehi itu sungguh berharga.

”Ini merupakan 3 mata yang sangat ‘besar’,” Chris Hughton menambah. Mana-mana pasukan dari liga Championship yang naik ke EPL, selepas mengharungi beberapa perlawanan yang baik tanpa sebarang kemenangan, ini merupakan hari yang baik.”

 ”Sekiranya anda tidak mendapatkan kemenangan itu, ianya pasti akan mendatangkan kerisauan tetapi kami layak untuk mendapatkannya (kemenangan).

Sumber :

Skysports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/11741/11027956/chris-hughton-praises-pascal-gross-after-brighton-secure-first-premier-league-win

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN