Aksi hebat Manchester City di separuh masa kedua memastikan kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Etihad dan mengurangkan perbezaan mata dengan pendahulu, Liverpool kepada tiga mata untuk tempoh 24 jam.
Liverpool berpeluang untuk melebarkan kembali kelebihan enam mata jika mereka berupaya menewaskan Tottenham Hotspur pada Ahad.
Guardiola membuat lima pertukaran daripada senarai kesebeleasan utama ketika mereka berhadapan Atalanta dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lepas.
John Stones yang baru pulih kembali memulakan perlawanan buat kali pertama sejak pertengahan September.
How we line-up against the Villa! 💪
XI | Ederson, Cancelo, Fernandinho, Stones, Mendy, Gundogan, Silva (C), De Bruyne, Bernardo, Sterling, Jesus
Subs | Bravo, Walker, Aguero, Angelino, Mahrez, Otamendi, Foden
⚽️ @haysworldwide
🔵 #MCIAVL #ManCity pic.twitter.com/MoXdSeoCWl— Manchester City (@ManCity) October 26, 2019
Joao Cancelo menggantikan Kyle Walker di posisi bek kanan, selain Gabriel Jesus, Bernardo Silva dan kapten David Silva juga kembali dalam senarai kesebelasan utama.
City berpeluang membuka jaringan pada separuh masa pertama menerusi Gabriel Jesus dan David Silva tetapi dikecewakan dengan pertahanan Aston Villa yang berdisiplin.
Hanya 20 saat selepas babak kedua bermula, Ederson membuat hantaran jauh menemui Gabriel Jesus yang kemudiannya menanduk bola ke arah Sterling yang tidak dikawal.
Sterling cuma membuat satu sentuhan sebelum merembat bola di antara dua kaki penjaga gol Tom Heaton untuk memberikan gol pendahuluan buat juara bertahan itu. Ianya adalah gol ke-13 Sterling daripada 14 perlawanan dalam semua pertandingan.
13 – Raheem Sterling has scored 13 goals in 14 appearances in all competitions this season, more than any other Premier League player in 2019-20. Star. pic.twitter.com/WsdHGwUp1C
— OptaJoe (@OptaJoe) October 26, 2019
Minit ke-64, bermula dengan hantaran pendek dari sepakan penjuru, Kevin De Bruyne membuat hantaran ke dalam kotak penalti yang disentuh David Silva untuk gol kedua The Citizen.
Semakan VAR dibuat untuk membuat semakan sama ada bola tersebut terkena Raheem Sterling yang berada pada kedudukan ofsaid.
Lima minit kemudian, giliran Ilkay Gundogan pula menghukum Villa dengan gol ketiga dalam tempoh 24 minit hasil sepakan voli yang melepasi keadaan kelam kabut di hadapan gol.
How KDB saw it 💬
🔵 3-0 🦁 #MCIAVL #ManCity pic.twitter.com/QWYiovSqyr
— Manchester City (@ManCity) October 26, 2019
Di penghujung perlawanan, City bermain dengan 10 orang pemain apabila pengadil mengarahkan Fernandinho keluar padang setelah menerima kad kuning kedua kerana cuba untuk menghalang Keinan Davis dalam serangan balas pantas.
Dengan kad merah tersebut, masalah City di bahagian pertahanan semakin rumit dengan kecederaan Aymeric Laporte, Rodri dan terbaru Oleksandr Zinchenko di samping Nicolas Otamendi yang kini sedang dilanda penurunan prestasi.