EPL 2019/20: Chelsea ‘Lega’ Layak Ke Saingan UCL

Chelsea
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Chelsea berjaya menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan selepas menundukkan Wolverhampton Wanderers 2-0 pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 yang berlangsung di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan Chelsea menamatkan kempen liga di tempat keempat walaupun berkongsi 66 mata dengan Manchester United. Hal ini kerana United memiliki kelebihan perbezaan jaringan berbanding skuad kendalian Frank Lampard tersebut.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan serangan berbahaya ke kubu lawan masing-masing.

Tuah bagaimanapun lebih berpihak kepada tuan rumah apabila dua percubaan tepat yang dimiliki berjaya diterjemahkan kepada jaringan menerusi Mason Mount dan Olivier Giroud.

Gol pembukaan The Blues menjelma pada masa kecederaan babak pertama apabila sepakan percuma diledakkan Mount terus menerjah gawang Wolves yang dikawal Rui Patricio.

Hanya berselang dua minit kemudian, Giroud pula melebarkan kedudukan setelah serangan balas pantas yang dimulakan oleh Christian Pulisic berjaya disudahkan dengan baik pemain kelahiran Perancis itu walaupun pada mulanya Patricio berjaya menghalang percubaannya.

Willy Caballero yang diturunkan pada perlawanan ini nyata membalas kepercayaan diberikan Lampard bagi menggantikan Kepa Arrizabalaga.

Beliau bertindak cemerlang menepis hantaran lintang dilakukan Jonny sekaligus menghalang daripada bola tersebut yang ‘tidak sengaja’ hampir membolosi gawangnya.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga tamat permainan sekaligus meredakan debaran para penyokong Chelsea yang sebelum ini mungkin sedikit khuatir tentang peluang skuad tersebut untuk layak ke UCL.

Dengan tamatnya kesemua 38 perlawanan pada musim ini, Chelsea berjaya mencatatkan 20 kemenangan, enam keputusan seri dan 12 kekalahan.

Chelsea cukup cemerlang di hadapan gol apabila menjaringkan 69 jaringan tetapi keadaan yang amat merisaukan di jentera pertahanan setelah dibolosi 54 gol bagi menjadikan mereka sebagai pasukan paling banyak dibolosi dalam kelompok 10 pasukan teratas liga.

Kredit featured image: Chelsea FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN