Manchester City berbelanja ratusan juta untuk bahagian pertahanan termasuk penjaga gol. Pep Guardiola ternyata mahukan tembok pertahanan yang lebih ampuh.
Pembentukan skuad
Manchester City membentuk skuad yang Guardiola inginkan. Musim lalu, Guardiola boleh dikatakan dalam ‘assessment’ untuk memastikan mana pemain yang boleh bermain dalam sistem beliau.
Dalam jendela perpindahan kali ini, City sangat aktif menjual dan membeli pemain. Berikut adalah senarainya setakat ini:
Masuk
Bernardo Silva, Ederson, Kyle Walker, Douglas Luiz, Danilo, Benjamin Mendy
Keluar
Pablo Zabaleta, Gael Clichy, Jesus Navas, Willy Caballero, Bacary Sagna, Enes Unal, Angus Gunn, Aaron Mooy, Bersant Celina, Angelino, Ruben Sobrino, Joe Coveney, Bruno Zuculini, Olivier Ntcham, Nolito, Joe Hart, Aleksandar Kolarov
Squad depth
Semua orang tahu yang pasukan ini memiliki kualiti skuad yang sangat baik di semua posisi. Hanya yang menjadi masalah kepada mereka adalah adaptasi kepada sistem Guardiola.
Pada masa yang sama aspek kecederaan dan juga pemain gagal beraksi dalam prestasi sebenar juga menjadi punca kepada kegagalan mereka menjuarai sebarang trofi musim lalu.
Taktikal
Jika semalam kami menjelaskan Klopp berusaha membentuk sistem bebas berlima (free five), Guardiola lebih ekstrim dengan sistem bebas berlapan ataupun free eight.
Hanya bek tengah yang terikat dengan posisi. Seterusnya 8 pemain lagi bermain dalam sistem yang fluid dan sentiasa bergerak.
Sistem ini bergantung kepada kemampuan pemain berkomunikasi secara telepathic. Di mana setiap orang perlu sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan kerana pemain lain juga bebas melakukan gerakan di dalam padang.
Pada satu fasa, Guardiola akan mengaktifkan sistem bek sisi jadian (false fullback) yang akan ditarik ke dalam ruang lebih ke tengah dalam sistem 2-3-5 ataupun 3-2-5.
Di barisan serangan anda akan menyaksikan pemain di garisan serangan berlima akan cuba mencabar pertahanan lawan dengan keupayaan teknikal mereka.
Ini adalah gambaran jika taktikal free eight menggunakan false fullback. Fernandinho akan bergerak aktif sebagai no.6.
Ini pula antara gambaran taktikal mereka tanpa sistem false fullback.
Sistem ini sebenarnya sangat ofensif dan mereka akan cuba melakukan ‘counter-pressing’ sekiranya kehilangan bola. Musim lalu mereka ada animasi yang baik di serangan.
Namun di barisan pertahanan mereka masih bergelut untuk adaptasi.
Daripada gambaran yang kami berikan di atas, anda sudah boleh gambarkan kenapa Guardiola memerlukan sweeper-keeper ataupun ball-playing keeper? Ini untuk menyokong pertahanan akhir mereka yang sangat kecil unitnya.
Ini sebagai gambaran ketika Stones ditekan oleh pemain lawan ketika rakan lain sudah membentuk unit serangan. Moraie/Bravo memberikan sokongan secara ‘depth’ untuk menerima bola.
Ini adalah contoh situasi di mana penjaga gol perlu sentiasa bersedia menjadi sweeper. Pemain lawan cuba mengatasi garisan pertahanan akhir dengan hantaran jauh. Penjaga gol akan cuba menjadi pertahanan ke-3.
Kelemahan musim lalu
Musim lalu pasukan ini ada masalah dengan adaptasi ketika bertahan. Ia bukan melibatkan pemain pertahanan sahaja malah ia melibatkan satu pasukan.
Seterusnya, Guardiola menggariskan masalah terlalu banyak membazirkan peluang di hadapan gol. Jadi, dengan Gabriel Jesus dan Aguero cergas, mereka ada 2 pemain no.9 prolifik.
Pemain lain di belakang penyerang juga sedang dipersiapkan dengan rutin latihan untuk menjaringkan gol dalam pra musim kali ini.
Apa yang kami jangkakan?
Pasukan ini boleh dikira pencabar kejuaraan sebenar di atas kertas. Mereka memiliki skuad yang berkualiti dan tactician yang hebat.
Mereka harus menterjemahkannya di dalam padang. Dari segi taktikal, kita semua sentiasa terbuka untuk melihat inovasi Guardiola selepas tiki taka dan juego di posicion sebelum ini.