Dengan perbelanjaan lebih £100 juta, sudah pastinya harapan peminat sangat tinggi untuk pasukan Everton. Bukan setakat peminat Everton, malah pemerhati dan pengkritik bola sepak juga pastinya menunggu masa untuk ‘bising’.
Pembentukan skuad
Everton kehilangan Romelu Lukaku ke tangan United. Mereka juga dilaporkan masih mencari pembeli untuk Ross Barkley.
Secara umumya mereka sudah membeli ‘pasukan’ baru untuk kesebelasan utama musim hadapan. Jangan percaya dengan teori menyatakan Jordan Pickford dibeli untuk menjadi penjaga gol ke-3.
Tidak masuk akal untuk membeli penjaga gol ke-3 dengan £31 juta. Ini adalah transaksi pembelian dan penjualan mereka kali ini.
Masuk
Jordan Pickford, Davy Klaassen, Nathangelo Markelo, Henry Onyekuru, Sandro Ramirez, Michael Keane, Boris Mathis, Anton Donkor, Josh Bowler, Wayne Rooney, Cuco Martina, Lewis Gibson
Keluar
Tom Cleverley, Russell Griffiths, Conor McAleny, Henry Onyekuru, Gerard Deulofeu, Brendan Galloway, Tyias Browning, Romelu Lukaku, Aiden McGeady, Courtney Duffus, Matthew Pennington, Joe Williams
(Nota Editor: Pemain keluar termasuk yang dipinjamkan)
Squad Depth
Pasukan Everton memiliki ‘squad depth’ yang sangat baik bedasarkan kuantiti dan kualiti pemain mereka. Pemain seperti Wayne Rooney dan Davy Klaasen adalah pemain pasukan yang mampu bermain di beberapa posisi.
Dilaporkan Everton masih mencari seorang lagi no.8 selepas gagal mendapatkan Sigurdsson. Jadi, Rooney mungkin akan menjadi pemain no.8 di dalam skuad ini jika mereka gagal mendapatkan pemain tipikal itu.
Taktikal
Koeman adalah pemegang falsafah yang berasaskan total football. Beliau masih berusaha mengubah bola sepak Inggeris di Everton kepada bola sepak moden.
Musim lalu beliau banyak menggunakan pemain muda untuk memastikan transisi itu bermula meskipun perlahan.
Dengan pembelian yang banyak kali ini, sudah pastinya musim hadapan adalah musim untuk mereka berubah dari segi corak permainan.
Sebelum ini Roberto Martinez sudah menyemai sistem bola sepak moden tetapi kurang berhasil.
Jika semua pemain mereka cergas dan Coleman kembali ke dalam pasukan. Ini mungkin sistem utama mereka.
Wayne Rooney mungkin akan menjadi pilihan di serangan bertiga menggantikan Mirallas. Rooney juga boleh bermain sebagai no.9. Setakat ini dalam perlawanan pra-musim, Rooney aktif di hadapan gol.
Dengan kualiti pemain yang ada, pasukan ini sudah bersedia untuk bermain bola sepak gaya Koeman di Goodison Park.
Kelemahan musim lalu
Everton terlalu bergantung kepada serangan balas yang mencari Lukaku. Jadi, dengan kualiti skuad yang ada, Everton memiliki ramai pemain yang boleh menjaringkan gol.
Musim lalu, mereka juga kerap melakukan ‘defensive errors’ ketika bertahan. Ini kerana pasukan ini kerap memilih untuk mempertahankan margin 1 gol.
Antara defensive errors paling teruk adalah yang menghasilkan jaringan sendiri. Bayangkan, musim lalu pasukan ini memegang statistik 4 jaringan sendiri. Paling teruk di EPL musim lalu.
Seterusnya, pasukan ini juga agak bergantung kepada situasi bola mati. 24% gol musim lalu adalah menerusi cetusan daripada bola mati.
Apa yang kami jangkakan
Ambil berat kehilangan Lukaku. Ini kerana pemain tersebut adalah watak penting di Goodison Park setiap musim sejak beliau berhijrah ke sana.
Koeman perlukan keputusan yang baik untuk memastikan beliau tidak panas punggung duduk di kerusi pengurus. Everton jelas memiliki skuad yang sangat baik di bahagian lain kecuali no.9 yang masih menantikan adaptasi segera.
Kami mengkategorikan pasukan ini sebagai pesaing untuk top-4 dan mungkin akan ada istilah big 7 musim hadapan? Itu bergantung kepada aksi mereka dalam 3 bulan pertama EPL.
Jadi, sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, selepas berbelanja besar pastinya orang mahu melihat hasilnya. Itu adalah cabaran secara tidak langsung.
Namun hakikatnya, bukan mudah mahu membentuk pasukan meskipun anda ada 11 pemain terbaik sekalipun.