EPL 2017/18: Chelsea Menagih Adaptasi Segera Daripada Morata!

Sebelum ini Antonio Conte menyifatkan pasukan Chelsea pada musim 2017/18 adalah pasukan baru dan ia berbeza dengan pasukan sebelum ini.

Apa yang digariskan beliau bukan merujuk kepada jumlah pemain baru, tetapi lebih kepada pembentukan pasukan baru dengan beberapa pemain utama.

Pembentukan skuad

Chelsea sangat aktif melepaskan pemain sama ada untuk dijual ataupun dipinjamkan. Chelsea melakukan 3 pembelian ‘marquee’ pada kali ini. Antonio Rudiger, Bakayoko dan yang terbaru Alvaro Morata.

Ia lebih kepada mengekalkan dan kekuatan skuad yang ada pada musim lalu. Ini kerana mereka sudah bersedia untuk kehilangan Diego Costa di barisan serangan.

Namun begitu, Conte sudah me’muda’kan skuad ini di bahagian tengah dan pertahanan dengan kemasukan Rudiger dan Bakayoko.

Berikut adalah senara perpindahan pasukan Chelsea setakat ini:

Masuk:

Willy Caballero
Antonio Rudiger
Tiemoue Bakayoko
Alvaro Morata

Keluar
Juan Cuadrado
Christian Atsu
Asmir Begovic
Dominic Solanke
Alex Kiwomya
Bertrand Traore
Nathan Ake

Senarai pemain dipinjamkan keluar:

Fankaty Dabo, Nathan Ake, Tammy Abraham, Kasey Palmer, Todd Kane, Charlie Colkett, Ola Aina, Ruben Loftus-Cheek, Nathaniel Chalobah, Marco van Ginkel,Ike Ugbo, Mukhtar Ali (Vitesse), Kurt Zouma, Mason Mount, Izzy Brown, Tomas Kalas, Michael Hector, Jamal Blackman, Matt Miazga

Squad depth

Chelsea cuba mengekalkan squad depth mereka di barisan serangan dan memperkasakan lagi bahagian tengah dan pertahanan dengan pemain baru berkualiti.

Bagi kami, tiada isu ‘squad depth’ yang kritikal untuk pasukan ini meskipun melepaskan sangat ramai pemain secara pinjaman ataupun dijual.

Taktikal

Selepas beberapa perlawanan pra-musim, Conte kelihatan masih berpegang kepada sistem 3-4-3 sebagai formasi utama pasukan ini .

Dengan statistik yang luar biasa David Luiz musim lalu, beliau masih lagi pilihan utama untuk menjadi libeiro dalam skuad ini meskipun adanya seorang lagi ball-playing center back, Rudiger.

Chelsea menambahkan pemain tengah dinamik Bakayoko untuk digandingkan dengan seorang lagi pemain dinamik N’golo Kante.

Musim lalu, Conte memberitahu beliau mahu Kante meningkatkan kemampuan beliau untuk menjadi perancang dengan mempelbagaikan corak hantaran beliau.

Paling penting untuk Chelsea adalah adaptasi Morata di dalam pasukan ini. Beliau adalah pengganti langsung kepada Diego Costa.

Costa telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi musim lalu. Jadi, Morata ada tugasan peribadi dan juga untuk pasukan.

Pada awal jendela perpindahan ini, mereka cuba mendapatkan Alex Sandro. Ia petanda jelas mereka mahukan pemain yang lebih dinamik di bek sayap.

Tidak dinafikan Marcos Alonso cemerlang musim lalu, namun Conte jelas mahukan ‘upgrade’ dari segi teknikal.

Kelemahan musim lalu

Pasukan ini tiada kelemahan yang signifikan musim lalu selepas menukar sistem kepada 3-4-3. Beberapa perlawanan mereka gagal memberikan aksi terbaik dengan formasi utama tetapi mereka tetap berjaya berkali-kali memperbaikinya dengan plan B.

Apa yang kami jangkakan

Musim hadapan, Chelsea ada skuad yang lebih kualiti dari segi teknikal dengan kemasukan beberapa pemain baru yang berkualiti.

Namun mereka pastinya mahukan pemain seperti Bakayoko dan Morata cepat menyerasikan diri di dalam pasukan ini. Itulah kunci utama untuk kempen Chelsea musim hadapan terutama sekali adaptasi Morata.

Dari segi squad depth mereka jelas tidak ada kehilangan yang signifikan. Cuma mereka perlu memastikan Morata dapat menggantikan Costa dengan baik.

Menariknya di bahagian tengah mereka memiliki 2 pemain yang energetik dan berstamina tinggi. Namun Conte dikhabarkan masih cuba mendapatkan beberapa pemain baru untuk diserap masuk ke dalam pasukan ini.

Mereka akan beraksi dalam kempen UCL pada musim akan datang. Jadi, ia kempen yang berbeza untuk Chelsea.

Pasukan ini sudah pastinya akan memikul tekanan lebih tinggi sebagai penyimpan trofi EPL musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN