Piala Malaysia 2017: PKNP Belasah T-Team, Jadi Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir

Pendahulu kumpulan A Piala Malaysia 2017, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengukuhkan kedudukan di puncak apabila berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas T-Team dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim petang tadi.

Separuh masa pertama

PKNP FC mengancam ke kubu lawan seawal minit ke-7 apabila percubaan targetman mereka, Gilberto Valdenesio hanya singgah di palang gol T-Team yang dikawal Mohd Hafidz Romly.

Tidak cukup dengan itu, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim tersebut terus menekan T-Team menerusi 3 percubaan yang dilakukan oleh Shahrel Fikri Fauzi dan Hafiz Ramdan pada minit ke-14, 23 dan 28.

PKNP FC semakin bernafsu untuk mencari jaringan dan usaha tersebut membuahkan hasil pada minit ke-31 menerusi pemain import dari Korea Selatan, Hyeon Woo Kim.

Beliau yang menerima hantaran lintang cantik dari Hafiz Ramdan berjaya melakukan tandukan yang membuatkan Hafidz Romly terkapai-kapai untuk menyelamatkan tandukan tersebut bagi jaringan pendahuluan buat PKNP FC.

Tidak cukup dengan itu, Shahrel Fikri turut mencetak nama selaku penjaring apabila berjaya merembat dengan tenang bagi menewaskan Hafidz pada minit ke-39 perlawanan.

T-Team yang dibimbing jurulatih dari Indonesia, Rachmat Darmawan dilihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan beraksi pada waktu petang terus diberikan asakan bertubi-tubi oleh tuan rumah.

PKNP FC terus mengancam lawan dan kali ini tandukan yang dilakukan Hyeon Woo berjaya dinafikan Hafidz yang begitu bekerja keras hingga tamat babak pertama untuk keputusan memihak buat PKNP FC dengan 2-0.

Separuh masa kedua

Hafiz Ramdan terus mengukuhkan kedudukan buat pasukan tuan rumah 2 minit selepas perlawanan babak kedua bersambung.

Jaringan tersebut berpunca daripada rembatan padu Hafiz yang terus menerjah jaring untuk jaringan ke-3 buat PKNP FC.

T-Team cuba memperkemaskan aksi selepas itu dan mendapat peluang untuk memperoleh jaringan namun percubaan Muhammad Fauzi berjaya ditangkap kemas Ahmad Asyraaf Omar di gawang PKNP FC.

PKNP FC kelihatan sedikit mengendurkan asakan dan memberi ruang buat pasukan pelawat untuk mengawal permainan tetapi ianya belum cukup untuk T-Team memperoleh jaringan.

Luka T-Team terus berdarah apabila pemain gantian PKNP FC, Vincent Lucas berjaya menyempurnakan sepakan percuma kira-kira 25 meter dari gawang T-Team pada minit ke-73 untuk menambah derita pelawat.

T-Team berjaya memperoleh jaringan saguhati apabila Joseph Yannick Ndjeng berjaya menanduk masuk hasil sepakan sudut yang diambil oleh Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-79.

Keputusan penuh PKNP FC menang dengan keputusan 4-1. Mereka menduduki tangga teratas kumpulan A sebelum rehat Ogos walaupun apa jua keputusan di tempat lain.

Mereka juga menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Jadi bolehlah mereka alihkan fokus kepada persaingan mara ke Liga Super musim hadapan. Tahniah!

Statistik perlawanan PKNP FC menentang T-Team :

Keputusan penuh
PKNP FC (4) T-Team (1)

Penguasaan bola
PKNP FC (47% ) T-Team (53%)

Percubaan (Tepat)
PKNP FC : 18 (10) T-Team : 8 (4)

Kekasaran
PKNP FC (13) T-Team (10)

Sepakan sudut
PKNP FC (4) T-Team (5)

Kad Kuning
PKNP FC (2) T-Team (1)

Ofsaid
PKNP FC (0) T-Team (1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN