England bakal menghadapi satu tugas getir apabila mereka berhadapan dengan Croatia untuk aksi separuh akhir Piala Dunia 2018.
Croatia nyata cukup bertenaga kali ini apabila persembahan mereka nyata menarik perhatian ramai pihak terutamanya hasil dari persembahan Luka Modrid dan Ivan Rakitic.
Bekas pemain England yang kini menjadi penganalisis, Jermaine Jenas berkata England harus berikan perhatian lebih kepada pemain tersebut dalam perlawanan nanti.
Kata Jenas, Modric yang juga bekas rakan sepasukan beliau di Tottenham Hotspur merupakan seorang pemain yang mempunyai mentaliti yang hanya mahu menang sahaja.
“Apa yang buatkan Luka Modric ini adalah seorang pemain yang cemerlang adalah beliau merupakan seorang pemain yang boleh menggunakan kedua-dua kaki dengan baik.”
“Beliau juga mempunyai visi yang baik di atas padang serta mempunyai pusat graviti yang rendah menjadikan Modric seorang pemain yang stabil.”
Kata Jenas, Modric merupakan pemain yang cukup bersemangat ketika bermain dan cukup jelas dengan emosinya andai beliau tidak berpuas hati.
“Beliau merupakan pemain yang akan mendesak rakan sepasukan dan pernah sekali ketika kami beraksi bersama, beliau yang menggerakkan pasukan.”
“Modric adalah seorang pemain yang akan beritahu anda andai beliau tidak puas hati. Sama ada beliau tak dapat bola atau apa yang dirancang tidak menjadi.”
“Ketika latihan pun beliau tidak mahu kalah, latihan beliau keras tetapi santai.”
“Tak kira sama ada main permainan 2 kali sentuh, permainan menguasai bola, 5 sebelah atau 8 sebelah – beliau mesti mahu menang.”
“Mentaliti beliau adalah menang, menang, menang.”