Rusia 2018: Ferdinand Anggap Kelajuan Kylian Mbappe Seperti Kereta Ferrari

Pemain Perancis, Kylian Mbappe nyata mengharungi kejohanan Piala Dunia 2018 yang cukup baik buat dirinya.

Hampir setiap perlawanan, beliau akan mencipta perhatian besar dari ramai pihak dengan ketika perlawanan Argentina menjadi tumpuan utama beliau.

Ramai orang sudah mula bercakap-cakap mengenai beliau, termasuklah bekas pemain England sendiri iaitu Rio Ferdinand.

Beliau yang juga seorang bekas pemain pertahanan mengakui yang dirinya dijangka akan mengalami masalah besar andai terpaksa menjaga pemain seperti Mbappe dalam satu-satu perlawanan.

“Satu perkara yang akan buat pertahanan panik adalah ketika mereka perlu berhadapan dengan pemain yang pantas.”

“Bagi seorang pemain berusia 19 tahun dan melakukan hal sebegitu di Piala Dunia adalah satu perkara yang cukup gila.”

“Apa yang pertahanan boleh buat adalah cakap, ‘tolong aku!’ Anda perlukan bantuan dari rakan sepasukan untuk hadapi pemain seperti beliau.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Kylian Mbappe of France challenge for the ball with Moussa Dembele of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Kata Ferdinand, beliau akan gunakan pemain seperti Michael Carrick untuk membantu beliau menghalang pemain seperti Mbappe.

“Saya pernah hadapi situasi sebegini ketika di akhir karier saya. Apa yang saya buat adalah minta bantuan Michael Carrick atau sesiapa saja di hadapan.”

“Untuk halang orang macam Mbappe, kita perlu tutup sumbernya. Bila bola sampai di kaki mereka, jangan bagi mereka hadap kita.”

Ferdinand turut menggambarkan kelajuan Mbappe seperti sebuah kereta Ferrari.

“Beliau seperti kereta Ferrari apabila sudah pergi memecut. Kelajuan itu bukan masalah bagi beliau.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Kylian Mbappe of France runs with the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN