Quantcast

BERITA

England FA Perkenal Hukuman Gantung 2 Perlawanan Kepada Pemain Yang Lakukan Simulasi

Apa yang kita tidak gemar dengan bola sepak? Penipuan bukan?

Dalam bola sepak, kadang kala ada saja pelbagai cara yang dilakukan untuk menang dalam perlawanan.

Salah satunya dengan melakukan simulasi atau diving.

Denda

Di England, isu ini dipandang serius oleh pihak pengelola permainan bola sepak di sana.

Terbaharu, pihak FA England mahukan hukuman pergantungan 2 perlawanan kepada para pemain yang melakukan kesalahan simulasi ketika perlawanan.

Ia merupakan pengenalan kepada hukuman diatas kesalahan “mengelirukan pengadil ketika perlawanan.”

Tetapi bagaimana peraturan ini akan dilakukan?

Andainya pemain tersebut melakukan simulasi yang mendorong kepada kesilapan pengadil dalam melakukan keputusan, insiden itu akan dinilai semula oleh 3 bekas pengadil elit.

Jika pemain itu benar melakukan simulasi, maka beliau akan dikenakan pergantungan 2 perlawanan.

Seandainya pengadil memberikan kad kuning atau kepada kad merah kepada pemain lawan yang turut menjadi mangsa kepada simulasi pemain tersebut, maka kad kuning atau kad merah itu akan ditarik semula.

Robert Snodgrass melakukan simulasi ketika menentang Crystal Palace. Beliau kemudiannya mengaku melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti di laman sosial beliau.

England mengikut jejak langkah Scotland dalam memperkenalkan hukuman pergantungan 2 perlawanan kepada pemain yang melakukan simulasi yang mendorong kepada kesilapan pengadil ketika melakukan keputusan.

Jika peraturan ini berjaya mengurangkan gejala ini. Adakah patut Liga Malaysia melaksanakannya juga?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!