Sebentar tadi berakhir cabaran Kumpulan A dan B. Seperti ramalan ramai, Korea Selatan dengan bergaya mara ke pusingan 16 terbaik. Turut mengiringi mereka ialah England.
England menewaskan tuan rumah untuk menjadi juara Kumpulan A. Gol tunggal Kieran Dowell pada minit 56 memadai untuk Korea Selatan ditewaskan di hadapan ribuan penyokong sendiri.
Argentina pula membelasah Guinea 5-0. Lautaro Martinez menjaringkan dua gol untuk menewaskan wakil Afrika itu. Selain itu, Marcelo Torres, Federico Zaracho dan Marcos Senesi masing-masing menyumbangkan satu gol.
Anda pasti ingat perang di antara pasukan Korea Selatan dengan Maradona yang menggambbarkan kumpulan ini melegakan beliau sebelum ini.
Rupanya ia tak semudah disangka kerana kini Argentina perlu membuat perhitungan untuk tempat ke-3 terbaik.
Mexico mengiringi Venezuela
Aksi kumpulan B pula memaparkan Venezuela merangkul kedudukan teratas Kumpulan B. Mexico tewas di tangan Venezuela. Sergio Cordova menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut pada minit 33.
Ini membolehkan Mexico layak ke pusingan 16 terbaik kerana kelebihan kutipan beza gol.
Vanuatu bangkit dari dimalukan tempoh hari dengan aksi memukau. Meskipun didahului Jerman dengan 3 gol, Bong Kalo menjaringkan dua gol untuk merapatkan jurang defisit.
Dek kerana skor pemain Vanuatu itu, Jerman menerima padah kerana menduduki tangga ketiga kumpulan.
Peluang Jerman mara ke 16 terbaik akan diketahui selepas semua kumpulan melalui perlawanan penamat. Begitu juga nasib tempat ketiga kumpulan A, Argentina.