Zahasmi: “Jika KAFA Rasakan Itu Yang Terbaik, Saya Terima Dengan Terbuka Demi TRW”

Nasib Ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail kini menjadi buah mulut penyokong Kelantan. Ini selepas berlegar beberapa berita tentang hasrat KAFA yang mahu menggantikan beliau dengan Alfredo Gonzales.

Bayangan penstrukturan jawatan jurulatih itu sudah disampaikan TSAM dalam facebook beliau sebelum ini selepas Kelantan diikat 2-2 oleh Pulau Pinang.

Tan Sri Annuar Musa mengkritik corak permainan lemah pasukan Kelantan dan berpendapat, pasukan Kelantan perlu memperbaiki isu itu menjelang saingan Piala Malaysia.

Beliau juga berkata:

“Taktikal pasukan kita juga perlu berubah mengikut kesesuai baru. Mungkin pengalaman bola sepak Latin dari Alfredo boleh dimanfaatkan.”

Gonzales yang baru dilantik menjadi Pengarah Teknikal KAFA kini dalam proses untuk menjadi pengendali utama skuad Kelantan.

Bagi Zahasmi Ismail beliau menerima sahaja kemahuan KAFA itu, jika itu yang dirasakan KAFA terbaik untuk pasukan The Red Warriors.

Zahasmi Ismail sebelum ini pernah menjadi interim pasukan Kelantan selepas Azraai Khor melepaskan jawatan. Pada musim 2016, beliau dilantik menggalas jawatan itu secara tetap.

Namun selepas beberapa bulan, KAFA memecat beliau dan mengambil Velizar Popov.

Kegagalan KAFA dan Popov melanjutkan kerjasama membuatkan KAFA melantik semula Zahasmi Ismail. Ini kerana KAFA menyatakan mereka perlu berjimat.

Ketika itu KAFA berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga pada satu tahap mereka membayangkan pasukan Kelantan akan menarik diri dari saingan Liga Super 2017.

Pasukan Kelantan menjalani latihan di Kota Bahru.

Dipetik dari sumber Harian Metro, Zahasmi menyerahkan sepenuhnya kedudukan beliau kepada KAFA dan menerima dengan hati terbuka.

Zahasmi berkata:

“Mungkin Gonzales boleh menggunakan pengalaman beliau untuk membantu menaikkan semula kegarangan The Red Warriors (TRW) seperti sebelum ini.”

Zahasmi juga sedia untuk membantu Gonzales untuk memastikan Kelantan bermain dalam sistem bola sepak yang lebih baik.

Zahasmi membayangkan beliau menerima sekiranya KAFA menurunkan pangkat beliau. Ini kerana Zahasmi sangat sayangkan pasukan Kelantan.

Beliau juga meminta penyokong Kelantan untuk tidak menyalahkan KAFA ataupun Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata:

“Jangan salahkan KAFA. Saya sendiri yang meminta Tan Sri (Annuar Musa) dua bulan lalu, supaya membawa masuk seorang jurulatih dari luar (negara) bagi membantu memperkasakan Kelantan.

“Saya dan barisan kejurulatihan lain yakin berbekalkan pengalamannya dalam bola sepak, Gonzales dapat memberi idea bernas ketika sesi latihan sepanjang enam minggu berehat sempena Ramadan.”

Zahasmi merasakan pengalaman Gonzales di Amerika Latin boleh membantu pasukan Kelantan.

Meskipun Kelantan bergelut dengan masalah kewangan dan kecederaan. Zahasmi masih berjaya membentuk pasukan yang kompeten dari segi fizikal dan mental.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN