Pep Guardiola tidak mahu beri komen tentang keputusan kontroversi yang dibuat oleh Simon Hooper ketika mengadili aksi antara Manchester City bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Manchester City mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu Tottenham Hotspur di Etihad Stadium awal pagi tadi dengan gol minit akhir jaringan Dejan Kulusevski melenyapkan harapan The Citizens untuk bawa pulang 3 mata penuh.
Ketika perlawanan sedang dalam kedudukan terikat 3-3, Manchester City sebenarnya berpeluang untuk memperoleh gol kemenangan namun hal itu dinafikan oleh Simon Hooper.
Pep Guardiola when asked about refereeing "Next question. I'll not do a Mikel Arteta comment”.
Love to see 😅😂 pic.twitter.com/rsC3YH6PHe
— THE RED ARMY (@nischal_15) December 4, 2023
Pengadil perlawanan pada awalnya memberi advantage dengan menunjukkan isyarat supaya permainan diteruskan namun beliau kemudiannya meniup wisel kerana memberi foul.
Para penyokong dan pemain Manchester City jelas sekali tidak gembira melihat hal tersebut kerana mereka yakin Jack Grealish boleh menghasilkan sesuatu dari situasi tersebut.
Selepas tamat perlawanan itu, para pemain Man City termasuk Erling Haaland jelas sekali sangat tidak gembira dengan keputusan dari pengadil perlawanan.
Pemain kebangsaan Norway itu juga turut memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk meluahkan kekecewaan beliau.
Bercakap ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, Guardiola telah ditanya tentang insiden tersebut dengan beliau kemudiannya menyatakan bahawa:
🚨🚨🎙️| Pep Guardiola reacts to Erling Haaland going on Twitter after the game saying ‘WTF’ regarding what Hooper did.
“Even if the referee played for Man City, he’d be disappointed, that’s for sure.”
— CentreGoals. (@centregoals) December 3, 2023
“Soalan seterusnya. Saya tak akan bagi komen macam Mikel Arteta.”
“Ia sangat sukar, ketika kamu lihat semula ulangan, pengadil memutuskan untuk meniup wisel selepas dia sendiri suruh permainan diteruskan. Selepas hantaran itu, bunyi wisel, jadi saya tak faham tindakan ini.”
Pep Guardiola kemudiannya menambah lagi dengan mengaitkan nasib yang menimpa Liverpool sebelum ini, dan kebetulan ketika itu The Reds juga bertemu Tottenham Hotspur dengan Simon Hooper merupakan pengadil perlawanan.
“Ia merupakan satu perlawanan yang bagus, itu adalah hal yang paling penting. Ia agak menyedihkan, sama seperti perlawanan Liverpool, saya ada perasaan yang hari ini kami sudah pamerkan aksi terbaik di setiap posisi, berdepan skuad dan pengurus yang sangat bagus serta cara permainan mereka yang bagus.”
“Kami cipta banyak peluang, kami sangat aggresif, benar-benar bagi tumpuan, dan kami ada perasaan masih mahu kekal berada di sana (puncak saingan liga). Ia agak menyedihkan. Kadang kala bola sepak macam kehidupan, kamu tak dapat apa yang sepatutnya kamu dapat.”
Bercakap kepada Sky Sports, Gary Neville turut membahaskan tentang isu melibatkan Simon Hooper dengan beliau menyatakan bahawa:
🗣️ Pep Guardiola:
“The referee decides to blow the whistle after he's already said play on. After the pass, the whistle, I do not understand.” pic.twitter.com/SBWEKMOM9O
— mcfc lads (@mcfc_lads) December 4, 2023
“Haaland dah hilang sabar. Tapi saya agak itu sebahagian dari kekecewaan dia kerana beraksi kurang baik di hadapan gol.”
“City telah bolos sembilan gol dari empat perlawanan. Ia bakal menjadi hal yang patut paling dirisaukan berbanding kesilapan pengadil ketika Grealish melakukan percubaan.”
Selain Neville, seorang lagi legenda Manchester United, Roy Keane turut bercakap tentang hal tersebut dengan beliau menyatakan:
“Pengadil itu sudah melakukan kesilapan. Ia keputusan yang sangat lemah, dia tersilap.”
“Grealish sedang dalam perjalanan ke arah gol dan kredit kepada dia, dia mainkan advantage. Tapi keputusan tak memihak dia. Kita semua nampak itu.”
Jelas Keane ketika bercakap di Sky Sports.
“Ia keputusan yang teruk, tapi City juga membahayakan diri mereka kerana membenarkan Spurs menguasai. Mereka tak boleh pandang pengadil untuk itu.
Manchester City have conceded 10 goals in their last four games in all competitions 😱
Pep Guardiola must address his side's defensive issues if they want to win the Premier League 😬
— GOAL News (@GoalNews) December 4, 2023
Keputusan seri bertemu Tottenham Hotspur menyebabkan Manchester City tersungkur ke kedudukan ketiga dalam carta saingan Premier League.
Liverpool berjaya memintas Manchester City selepas kejayaan mereka menewaskan Fulham 4-3 dalam aksi yang penuh dramatik malam semalam.
Juara bertahan saingan Premier League itu akan kembali beraksi bertemu Aston Villa Rabu nanti di Villa Park dan jelas sekali skuad kendalian Pep Guardiola itu terdesak mahu mencatatkan kemenangan.