Enggan Jadi ‘Lubuk Mata’, Devan Pinta Kuota Tambahan Import Buat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan tampil dengan persiapan baharu yang dilihat sangat sederhana berbanding kelab lain, selepas ketika ini mereka hanya menandatangani tiga khidmat import.

Perkara ini dilihat sedikit menggusarkan para penyokong Negeri Sembilan, selepas pasukan-pasukan lain tampil dengan serba menyakinkan daripada segi persiapan mereka.

Malah, pasukan-pasukan yang buat pertama kali beraksi dalam aksi Liga Super musim ini seperti Kelantan United dan Kuching City hadir dengan persediaan lebih menyakinkan untuk tampil memberi persaingan sengit.

Perkara ini mencetuskan rasa bimbang buat pengendali utama pasukan iaitu K. Devan setelah beliau melihat sendiri sebarang kemungkinan berlaku ketika saingan liga telah pun bermula.

Disebabkan itu, adalah sesuatu yang wajar difikirkan semula oleh pihak pengurusan mengenai kuota import baharu jika mereka mahu mengelak daripada sebarang keputusan negatif nanti.

Malah, Devan juga tidak menolak langsung sekiranya pasukan dikendalikan beliau ketika ini mendapat peluang untuk menambah tenaga import baharu bagi memperkuatkan pasukan.

Ia merupakan sesuatu yang sangat munasabah untuk difikirkan Devan ketika ini kerana beliau pastinya tidak mahu Negeri Sembilan menjadi ‘lubuk’ kemenangan buat pasukan lain dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya, kita perlukan import untuk bersaing dengan pasukan elit lain dalam Liga Super. Rata-rata pasukan ada lebih kurang lapan atau sembilan import dan pastinya ia akan beri kelebihan kepada kelab berkenaan.

“Semalam kita dapat lihat KL City boleh ganti pemain import dan pastinya ia boleh merubah perlawanan. Jadi saya rasa kalau kita mahu bersaing, kita kena ada enam atau tujuh import.

“Saya sudah buat cadangan keperluan pasukan, namun segalanya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan.

“Kalau pengurusan mampu dari segi kewangan, mungkin kita akan tambah pemain import,” jelas Devan menerusi aplikasi Shootz.

Ketika ini, Negeri Sembilan sah menandatangani khidmat tiga pemain import sahaja dengan pasukan tersebut turut mengekalkan tonggak pertahanan musim lalu iaiti Mark Herold Goulon.

Dua lagi bintang import ialah Levy Madinda yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini serta penyerang baharu mereka iaitu Ezechiel Ndouasel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN