Ronaldo Dapat Pelepasan Kelab Untuk Sertai Indonesia Bagi Saingan Piala Asia

Penyerang muda berbakat Indonesia iaitu Ronaldo Kwateh dilaporkan bakal menyertai kem latihan pusat Indonesia tidak lama lagi untuk mempersiapkan diri dalam saingan Piala Asia bawah 20 (B-20).

Ketika ini, Ronaldo sudah pun disahkan menyertai pasukan baharunya di Turkiye iaitu Bodrumspor dalam saingan divisyen kedua dan dijangka akan segera meninggalkan kelab itu untuk menyertai kem latihan pusat.

Seperti diketahui, Ronaldo merupakan salah sati aset penting untuk Indonesia bawah 20 (B-20) berdasarkan kualiti serta ketajaman dipamerkan beliau sebelum ini bawah kendalian Shin Tae-yong.

Menerusi keizinan telah diberikan oleh pengurusan Bodrumspor kepada Ronaldo untuk bersama-sama Indonesia, ianya pasti akan menjadi tonik terbaik buat Shin untuk mengatur lebih banyak taktikal di bahagian serangan.

Sebelum ini, Shin menjadi individu paling terkilan selepas Ronaldo tidak mengeluarkan sebarang laporan untuk menyertai kelab baharu di luar negara serta tiada kelibat beliau untuk menyertai sesi latihan telah dibuat.

Selain Ronaldo, beberapa pemain lain seperti Marselino Ferdinan serta Muhammad Ferrari masih lagi tidak menyertai kem latihan pusat dan ditagih oleh Shin untuk segera hadir.

Menurut ejen yang menguruskan pemain tersebut iaitu Julius Kwateh, beliau telah pun memberi jaminan Ronaldo akan bersama-sama pasukan untuk saingan Piala Asia B-23 tidak lama lagi.

Sebaik sahaja Ronaldo selesai menguruskan segala proses bersama pasukan baharunya itu, pemain tersebut akan terus berlepas dari Turkiye untuk segera menyertai rakan sepasukannya yang lain.

Keizinan diberi oleh Bodrumspor ini turut melibatkan surat permohanan yang telah dihantar sebelum itu daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk membenarkan Ronaldo diberi pelepasan.

“Dalam masa dua hari, Ronaldo akan segera berlepas pulang ke Indonesia setelah diberi keizinan oleh pihak pengurusan pasukan untuk mengikuti kem latihan pusat Indonesia.

“Beberapa hari lalu, PSSI juga sudah mengirimi surat dan mendapat maklum balas yang baik daripada pengurusan Bodrumspor untuk pulang menyertai kem latihan pusat,” jelas Julius menerusi Bola.com.

Walaupun begitu, pihak kelab hanya mengizinkan Ronaldo pulang hanya untuk tugasan bersama skuad Indonesia B-20 sahaja tanpa sebarang agenda lain.

“Ronaldo akan segera pulang ke Turkiye sebaik sahaja kem latihan pusat yang diadakan untuk Indonesia B-20 selesai.

“Beliau seterusnya akan bersama pasukan ke Uzbekistan untuk aksi Piala Asia B-20 dan Bodrumspor hanya memberi keizinan untuk beliau menjalani tugas untuk skuad B-20 Indonesia sahaja,” tambah beliau lagi.

Untuk rekod, kelab baharu diwakili oleh Ronaldo iaitu Bodrumspor masih lagi belum memperkenalkan beliau secara rasmi di media sosial kerana isu gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Turkiye.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN