Endrick dos Santos Sedia Dipertaruhkan Harimau Malaya Berdepan Korea Selatan

Pemain tengah naturalisasi Harimau Malaya, Endrick dos Santos dilaporkan bakal mencipta penampilan sulung beliau pada aksi terakhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E dengan bertemu cabaran Korea Selatan.

Terdahulu, Endrick terpaksa diketepikan bersama pasukan kebangsaan untuk mengharungi perlawanan berdepan Jordan serta Bahrain kerana mengalami kecederaan.

Malah, kejurulatihan negara ketika itu juga menyatakan Endrick berkemungkinan bakal terlepas untuk semua aksi peringkat Kumpulan E bagi menjalani tempoh pemulihan terlebih dahulu.

Namun, Kim Pan-gon tampil memberi bayangan pemain kelahiran Brazil itu berkemungkinan sedia untuk dibawa turun beraksi pada aksi terakhir mereka menentang Korea Selatan.

Endrick menjadi antara pemain naturalisasi yang dibawa Kim untuk memperkukuhkan aspek tengah serta serangan negara selain Paulo Josue, Mohamadou Sumareh, serta Romel Morales.

Jelas Kim, beliau sedia untuk mempertaruhkan Endrick pada aksi petang ini berdepan Korea Selatan bagi meningkatkan lagi aspek kualiti posisi tengah serta serangan negara.

Walaupun begitu, berkemungkinan besar Endrick juga tidak dapat beraksi penuh sepanjang aksi tersebut berlangsung untuk mengelak risiko kecederaan terus berulang.

“Selepas perlawanan kedua ada pemain yang cedera. Endrick dia sudah sedia untuk perlawanan dan mungkin beraksi tetapi bukan bermain penuh.

“Perubahan waktu perlawanan yang berbeza berbanding sebelum ini juga memberi cabaran kepada kami, namun kami harap dapat mengatasi perkara itu,” kata Kim menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sebelum ini, kelibat Stuart Wilkin, Afiq Fazail, Natxo Insa, serta Syamer Kutty telah pun digunakan Kim untuk mengisi posisi tengah serta memperkukuhkan aspek serangan negara.

Pada masa sama, Kim juga mengakui para pemain kendaliannya berada dalam keadaan motivasi cukup tinggi untuk melakar keputusan positif pada aksi terakhir ini walaupun sedar lawan memiliki kelebihan tersendiri.

“Saya sedar tahap pasukan Korea Selatan sebagai pasukan gergasi. Namun sebagai jurulatih Malaysia, saya mahu pasukan menunjukkan sesuatu untuk rakyat Malaysia.

“Ia penting bagi kami dan kami memberikan semangat kepada pemain supaya mereka tidak takut dan lebih berani untuk melawan Korea Selatan,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN